Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Wednesday, September 2, 2009

Saya dah ada baby..

Huh? betul ka jihan? isshh..belom lagi laa..:) saja buat tajuk gempak.haha. Ya, hari ni genap 9 bulan dan 6 hari kami mendirikan rumahtangga. Kalo orang yang mengandung pun mesti dah beranak kot sekarang ni kan.:) Tapi, kami belum punya rezeki lagi.
.
"Eh,takda isi lagi ke?","Kenapa takda lagi ni? Ada masalah ke?", "Bah cepat2 lah kasi ada tu.." dan macam persoalan lagi yg selalu dituju pada aku. Mula-mula tu agak terkilan jgk la,kecik hati pun ada. Tapi alhamdulillah, aku punya suami dan emak yang benar-benar membantu aku hadapi semua ni. Jadi, lama-kelamaan telinga aku dah lali dengan semua persoalan ni.
.
Ishh..ishh..nak buat mcm mana kalo dah takda rezeki lagi. Kau buatlah macam mana pun, kalo Yang Maha Pencipta kata belum masanya lagi,belum rezeki kau lagi, maknanya takda la tu. DIA itu kan Maha Adil! DIA tahu apa yang terbaik untuk hambanya. DIA maha mengetahui apa yang kita tidak tahu! Yelah, siapalah yang tak nak anak bila dah kahwin kan? Anak-anaklah harta kita paling berharga!.
.
Apa-apa pun, jom layan gambar-gambar budak kecik ni...sangat comeeeeeelll...:)
.
Bestnya kalo dapat belai jari-jari comel si anak kecil...bak kata pepatah, selembut belaian ibu:)

apatah lagi kalo dapat baby secomel ini kan:)? mesti kembang bila orang puji anak awak comel la..hihihi (tapi jgn smpi riak pulak)


walaupun dah seharian letih bekerja, balik rumah mesti penat tu hilang bila kita bersama si kecil..


time makan mesti si kecik ni comot tapi dia sangat comel...(^_^)


haaa..lagi comel bila si kecil tido menonggeng macam ni..eee,geramnya:)!

*
*
*
*
*
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Banyakkan bersabar ye,bang. Doakan kami ye kawan-kawan :)
.
"Wahai Tuhan kami, berolah kami beroleh dari isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang yang (mahu) bertaqwa. Amin."
Tetibajeni: Iskk..tiba2 plak kuar air mata ni..(-_-)~




5 comments:

Siti Sa'adah said...

sabar ye Jihan....teruskan usaha

Nadhirah said...

Eeeee..
jgnLa macamtu..
akak paLing tak suka biLa org tanya2 pasaL anak ni. akak nak buat post pasaL ni jugak sebenarnya tapi tengah menyusun ayat.

tungguuuuu~

Jihan said...

~sa'adah: ye,jihan sabor la ni:) sangat2 sabar dan berusaha jgk ni.hihi.

~kak nadh: biasalah tu kak. mmg lali sudah telinga ni bila org balik2 tnya,tp kdg2 diri sdri mesti terasa jugak sikit2 pun:) tapi bila fikir balik,ada hikmahnya.

fa-aja-aja said...

uuu mmg terasa la kalu kena tnya,,lebih2 lagi bila ayat pedas smcm..

Kak Jihan said...

yap,betul tu ipa..awal2 dulu kak jihan mmg terasa nih tp alhamdulillah,skrg ni kurang skit. sudah immune dgn soklan2 tu..hihi:)bleh agak bah soklan2 tu akan ditanya jgk kalo jmpa org2 kita kenal.

Related Posts with Thumbnails