
♥ Ibrahim & Jihan ♥
Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)
Tuesday, November 10, 2009
Alhamdulillah..Jawapan Positif ~

Tuesday, November 3, 2009
Apabila kalimah Allah berada di depan mata..
MasyaAllah..Subhanallah..Allah Maha Berkuasa!
Bila suami dah asyik tengok bulan purnama tu, dia dengan tak tersengaja melihat ada kalimah ALLAH di sebelah bulan tu. Apalagi, terus dia naik ke bilik dan bgtau kat saya.. Saya pun apalagi, terus buka tingkap dan kalimah Allah itu benar2 berada di hadapan tingkap bilik kami! Ye kawan2..perkataan itu berada di sebelah bulan purnama yg sangat terang, berhadapan tingkap bilik kami! Bayangkan, perkataan itu kami boleh nampak dengan jelasnya walaupun hari masih gelap. Awan2 lain pun ada, tapi awan yg kami tengok ni sgt2 berbeza la bentuknya..MasyaAllah....hanya Allah saja yang tahu perasaan kami pada masa tu. Tak dapat digambarkan dengan kata2.
ini sekadar gambar hiasan: diamik dr pacik google..kejadian berlaku di Kashmir.
Saya cuba amik gambar pagi tu tapi hanya bulan yg kelihatan, kalimah tu tak nampak kat kamera. tapi yang pasti kalimah yg kami lihat tu lebih jelas dari gmbar di atas ni. Dan kalimah itu berbentuk tulisan khat..Mungkin sebab hari masih gelap kot..jadi tak dapat nak tunjuk kat korang la..sori tau:
Alhamdulillah..tercapai hajat di hati melihat kalimah Allah dengan mata kepala sendiri. Dah lama sangat berdoa nak tengok, sbb sebelum ni hanya tengok gambar2 je..sangat bersyukur sangat2! Syukran Ya Allah kerana memilih kami! Moga-moga ada hikmah dan berita baik di sebalik kejadian ni..InsyaAllah..amin:)
Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa!
Wednesday, October 28, 2009
Janganlah hendak mencari yang lebih baik jika anda sudah menjumpainya!
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
S.I.S yang keliru lagi mengelirukan?

Dalam usrah HELWA Abim Sabtu lepas, banyak juga isu-isu semasa yang dikongsi dan dibincangkan bersama. Aku tertarik apabila Cikgu Rosnih, Pengerusi Helwa, ada menyebut pasal Sisters in Islam (SIS), satu pertubuhan bukan kerajaan.
Nama-nama besar seperti Zainah Anwar, Nori Abdullah dan Marina Mahathir sering memberi pandangan yang sedikit sebanyak mengelirukan umat Islam dan mungkin diri sendiri juga. Secara umumnya kita mengetahui, ketiga-tiganya adalah 'pendukung kuat' pertubuhan ini yang prinsipnya mempertahankan kebebasan hak individu. Dan dalam BAR council pun, ramai peguam-peguam melayu yang join SIS..ishh..~
Dan bercerita tentang SIS ni, banyak isu yang berkaitan dengan agama Islam atau undang-undang Syariah Islam yang mereka cuba selewengkan. Ada seorang peguam yang bermati-matian menentang hukuman sebat ni dan dia siap bagi ayat Quran lagi, ayat yang diturunkan sebelum arak diharamkan. Dia juga berkeras mengatakan bahawa minum arak itu tidak haram selagi kita tak mabuk..(Huh, apakejadahnya?? Ishh...belajar dah tinggi dah. Ke awak tido je dalam kuliah, wahai peguam oi? Ataupun, sijil awak tu sijil beli je??!)
Begitu juga di laman web 'Sisters in Islam', segala pandangan yang dinyatakan di sini tidak dikukuhkan dengan dalil-dalil yang boleh menyokongnya malah mereka hanya menyertakan jenis surah dan kedudukan ayat sahaja. Tidak diurai pula, tafsir atau maksud sebenar di sebalik ayat-ayat tersebut.
Ingat!! Dalam disiplin ilmu, apa jua jenis ilmu yang kita pelajari, kita mesti sandarkan kepada rujukan, fakta-fakta serta huraian yang terperinci (in detailed) tentang sesuatu isu, dan ini tidak didapati dalam kenyataan dan pandangan mereka ini. Apa yang dilontarkan oleh Sisters in Islam ini hanyalah buah fikiran mereka yang berlandaskan emosi semata-mata.
Dan yang peliknya SIS ni, setelah melemparkan segala kritikan, tohmahan dan bantahan ketidakpuasan hati, tidak pula mereka memberi sebarang saranan, idea atau cadangan bagi memperbetulkan ketidak adilan yang merka anggap ini, berlaku terhadap wanita.
Contohnya, dengan rasa tak bertanggungjawab, mereka menyifatkan undang-undang Syariah iaitu hukuman sebat bagi orang Islam yang minum arak sebagai zalim. Dakwaan yang tak sepatutnya terpancul dari mulut orang Islam itu telah menyebabkan masyarakat jelek, meluat terhadap Sisters in Islam yang membawa agenda Barat dalam hal berkaitan wanita di negara ini.
Mengapa mereka mahu mempertahankan 'kehalalan' arak itu padahal arak itu adalah ibu kepada segala kejahatan dan kemaksiatan??
Dan mengapa SIS menyatakan bahwa keimanan seseorang itu dikuatkuasakan dengan cara kuku besi?? Jika benarlah, tentu Zainah Anuar, Marina Mahathir dan Nori Abdullah menjadi kelompok pertama yang akan dipenjara, didenda atau pun muka dicakar-cakar dengan kuku kerana tidak bertudung.
Dari dulu, Sisters in Islam ni memang banyak mengelirukan dan menyesakkan fikiran umat Islam.
Sudah tiba masanya kita menyokong PEMBUBARAN Sisters in Islam (SIS) dan Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG), pertubuhan yang dipertikaikan pertubuhannya!
Apa kata anda??
Monday, October 26, 2009
Sorry..still In progress~
Saturday, October 24, 2009
I'm going to Korea..:)
*
*
*
*
*
*
*
Sunday, October 18, 2009
I didn't get flowers for my convocation but..
Ya,still talking about my convocation bah! Boring eh? Baru dapat update hari ni setelah beberapa hari broadband CELCOM ni buat hal. Sangat menyeksakan oo,bayar je tiap-tiap bulan tapi selalu je bermasalah.huhu. (aishhh..kalo aku buat aduan kat HQ dorang, agak-agak dorang kasi ke aku guna service dorang F.O.C?? bestnya kalo betul.. haahaha;) 
ok. dah hepi balik..posing jap ngan suami..:)
Hadiah kedua aku dapat ialah beg Polo ini..fresh from the oven tau. Hadiah dari mak. Beli kat Sogo, first time tengok terus jatuh cinta nih..kebetulan, akak salesgirl (ke saleswoman?) tu kata beg ni paling latest.baru je sampai dan baru je dia keluarkan dari kotak oo..:)
Hadiah ketiga yang aku dapat ialah F.O.C dinner buffet kat Legend Hotel..ya, ayah yang sponsor, tu sebab free, tak yah keluar duit sesen pun makan kat sini. Dan, service kat sini sangat bagus. Credit to the waiter and the manager ;)
Hadiah seterusnya, dari suami tersayang..:) Jubah seluar yang dibeli di Festival Konvokesyan UIA (Convest). Kat sini mmg murah, payah nak dapat harga jubah ni kat Sabah. Mula-mula aku pilih warna kelabu, tapi disebabkan saiz baju itu betul-betul tunjuk body aku..so, aku tukar la ke saiz lain dan warna merah @ maroon :) jubah maroon tu aku pakai dalam gambar bawah ni.Blog Design by Gisele Jaquenod





