Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.
Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.
Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.
Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdanya ;
.:: Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco ::.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika menghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang
perkara ini sebelum ini.Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.
Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya langsung tak pernah menari poco-poco, sebab saya langsung tak tahu macam mana pun poco-poco ni. Tup tup je dah famous kat Malaysia ni.
3 comments:
hoh?!!
patutLa I tak pernah menari tarian ni.
ada aura peLik.
artikeL tu buat I terfikir.
Ada betuLnya jugak kan?
izinkan I buat uLasan yg sama mcm Jihan buat ni tapi daLam versi I sendiri. BoLeh kan?
boleh bah..sila2:) artikel ni mmg buat saya terpikir2 jugak.
nape hal2 yg mcm tarian poco2 b yoga je yg dipersoalkan ttg haram or tidak.. walhal hakikat yg jelas ttg ni pun kita msh kabur..
seolah2hal ini sengaja di aturkn utk palingkn kita drp m'bicarakn
1. soal yg sgt nyata ttg mudharatnya spt rokok..
2. soal yg sgt nyata haramnya spt amalan riba yg berleluasa..
3. soal yg sgt nyata tak cerminkan keperibadian muslim sbenar.. penindasan yg kuat kpd yg lemah..
sy br balik dr salah sebuah negara yg non-muslim di benua eropah. ape yg boleh saya katakn di sini, kebanyakan drp mereka jauh lebih "Islam" berbanding ddn umat Islam di negara yg dikatakan Islam.
Ape yg sy mksudkn Islam adlh ia bukan sekadar agama, tp ia merujuk kepada cara hidup, the way of life.. salah satu rujukan is "Ape Ertinya saya Menganut Islam", Fathi Yakan...
Papepun, ape yg baik adalh drp Allah, n yg kurang adlh drp kelemahan diri sy sendiri.
Moga Allah mengampunkan segala dosa kita..
Wallahua'lam
-Sekadar Berkongsi-
Post a Comment