Wahai Ramadhan yang mulia..
.
Tinggal beberapa waktu sahaja lagi kau bakal meninggalkan kami semua. Seperti baru semalam kita bertemu dan bermesra bersama. Adakah kita akan berjumpa lagi di masa hadapan, di waktu yang lain, di tahun yang berbeza pula? Sempatkah? Adakah panjang umur kami untuk bersama-sama mu lagi nanti? Wallahu'alam..
Moga-moga kita akan sempat berjumpa kembali wahai Ramadan al-Kareem..insyaAllah.
Tuhan...
Dosaku menggunung tinggi,
Tapi rahmat-MU melangit luas.
Harga selautan syukurku,
Hanyalah setitis nikmat-MU di bumi.
Tuhan...
Walaupun taubat sering ku mungkir,
Namun pengampunan-MU tak pernah bertepi.
Bila selangkah ku rapat pada-Mu,
Seribu langkah KAU rapat pada ku...
0 comments:
Post a Comment