Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Wednesday, September 9, 2009

Orang gemuk pun ada perasaan bah!

Ok..ok..ok...tajuk ni macam mogok pulak kan? sebenarnya tiada apa2 pun, cuma sebentar tadi saya jenguk-jenguk kat blog cik HANIS ZALIKHA (sila lawat blog dia kalo rajin), terbacalah satu entri yang sangat menarik. Cara olahan @ tulisannya simple, straight forward, bersahaja dan sangatlah sempoi:) Satu lagi, saya rasa penyampaiannya yang cik Hanis guna tu boleh tarik si pembaca @ para 'follower' muda mudi untuk terus baca.


Banyak juga manfaat dan tip-tip yang berguna la..Jom baca okeh...(^_^)


Dear Hanis,


I've been ur blog silent reader.Well, the truth is i am inspired by u so much. Cara u communicate, its really u.I can feel it. Kagum sungguh dengan cara Hanis bergaya. Memang la,kalau tak takkan jadi model kan?

Btw, wanna ask for your opinion. Hmm..macam mana ya nak tingkatkan keyakinan diri. saya rasa rendah diri.tak cantik.nak bergaya pun serba salah,dan tak yakin. boleh ke Hanis bagi tips untuk tampil yakin? psst..mungkin saya rasa saya gemuk.sebab tu tak yakin.. maybe u have tips? (*_*)


Thanks..


********************************

Wah kalau dapat email sebegini, teringat ruangan Keluh-kesah Bersama Kak Esah dalam Majalah Ujang. Tapi Kak Esah tuh annoying ar. Semua jawapan dia annoying buat orang nak bakar je page tuh. Nak bagi contoh, tak ingat secara spesifik, tapi boleh lah cipta-cipta yang lebih kurang.



Contoh surat keluhan.

Kak Esah, saya baru sahaja putus cinta dengan pakwe saya. Memang frust menonggeng. Dia tinggalkan saya untuk perempuan yang lagi kurus dan slim. Apa salah saya? Just because badan saya gempal-gempal gebu macam ini, dia jadikan alasan! Saya buntu tak tahu apa nak buat. Harap Kak Esah dapat bantu.



Contoh jawapan annoying Kak Esah.

Hai adik, ala takyah lah sampai frust menonggeng, putus cinta dengan pakwe je. Belum putus tunang, putus ikatan perkahwinan, putus jari dan sebagainya. Tapi elok jugak adik menonggeng bakar kalori, adik pun memang nak kurus sikit kan. Selain menonggeng adik boleh try meniarap, merangkak atau mengesot. Memang salah adik berbadan gebu. Sebab gebu biasanya untuk kucing je. Patutlah dia jadikan alasan, takkan nak jadikan bini. Okaylah kalau adik tak tahu nak buat apa, adik boleh lah pergi tangkap ikan atau tikus memandangkan adik ni kan kucing. Tak pun pergi volunteer nak jaga kawan-kawan kat SPCA. Harap Kak Esah telah membantu.



GILA ANNOYING TAK?! HAHA. Tapi I suka baca juga ruangan tuh. Hihi malu I.


Okay so berbalik kepada email kawan kita tadi, macam mana nak tingkatkan keyakinan diri kalau kita tidak berbadan seperti Gisele Bundchen. No, saya takkan jawab soalan dia macam Kak Esah, jangan nak annoying eh (-_-")



TIPS KEYAKINAN DIRI

Pertama, tiada siapa berbadan seperti Gisele Bundchen, even kalau Gisele beli magazine yang ada gambar dia pun dia terkejut badan dia macam itu. Keep that in mind and be happy.



Kedua, personaliti over physicality! Yang penting personaliti kita harus menarik, tak guna kalau muka gorgeous badan gorgeous tapi suka cakap pasal cuaca. Kalau suka sangat cakap pasal cuaca, pergi duduk dekat warung-warung kat Taiping betting hujan pukul berapa nak turun dengan apek-apek kat situ.



Ketiga, substance! Jangan cakap crap je (macam saya T_T), kenalah berilmiah sekali-sekala. Bila kita berpengetahuan, orang suka nak dengar what we have to say. People look up to you, and hang on to your every word. Tambah pengetahuan dengan membaca yeay! Oh Hanis suka baca Yahoo! Featured Articles sebab selalu tertipu dengan tajuk dia yang catchy T_T



Keempat, jangan pakai selekeh. Kalau orang yang selekeh terlebih confident pun annoying jugak.



Kelima, confidence is not about being full of yourself okay. Listen to what others have to say. Dalam banyak-banyak orang yang bersosial dengan saya, saya suka yang jenis bagi kita jalan nak cakap, ambil pendapat kita dengan serius, tapi still boleh gelak kepada benda yang patut gelak, sekali pun benda itu bodoh.



Keenam, kalau orang pandang kita, hargai. Jangan takut. Jangan sibuk fikir, "eh mesti dia tengok hidung aku yang besar nih". Instead go for "hmm dah agak dah buat selendang/rambut/mekap stylo macam nih, orang akan terpegun." Walaupun hidung kamu memang besar.



Ketujuh, perihal bentuk badan, kalau tak yakin dengan bentuk badan, cari jenis baju yang sesuai dan menonjolkan kecantikkan kamu. Stick to it if you have to. Biar sama style sepanjang zaman dan tak ikut fashion ke apa, janji selesa dan cantik dan beri kamu keyakinan! YA!



Kelapan, jaga kebersihan, selalu check bahu kot-kot ada kelemumur. Beli Head&Shoulders, pakai kat rambut ngan bahu sekali. Check kot2 nafas berbau. Check kot2 bulu telinga perlu trim (ni laki je kan? Dan kucing).



Kesembilan, takyah nak please/puaskan hati semua orang. The truth is,

"Kita tak boleh buat semua orang suka kita, sebab kita pun tak suka semua orang. Kan?" Hanis Zalikha.



Haha cute, konon-konon nak buat quote. Okay pastu selalu ingatkan diri sendiri yang kita ni cute. Eh tak tak. Itu perasan.



Whatever it is, just be true to yourself and jangan body concious sangat. Nobody is perfect, even Barbie pun ada basikal untuk dia jaga bentuk badan (-_-")

0 comments:

Related Posts with Thumbnails