Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Tuesday, September 29, 2009

SEPI dan Usaha mendapatkan zuriat..





Tadi, aku tonton cerita Sepi di TV3, kebetulan aku tonton sorang2 sebab suamiku duk kat maktab lagi.. Tinggal aku kesepian layan cerita Sepi ni..ecehh..hihi..Walaupun separuh jalan cerita je aku tengok, aku masih ingat lagi filem ni sebab dah banyak kali aku tonton..Tak bosan, jadi aku tengok la banyak kali..hihi:) Banyak pengajaran yang baik diterap dalam filem ni.

Contoh: si Imaan yang merasa sepi selepas teman lelakinya meninggal dunia hingga menjauhkan diri dari orang lain. Hmm, hati kita takkan sunyi dan sepi selagi kita redha pada segala ketentuanNya kan? Sebab Allah itu tidak pernah lupa atau tidur walau sedetik pun.. Dan hati yang sentiasa mengingatiNya, akan berasa tenang :) ini pendapat aku la..hihi.. Dalam anyak-banyak part filem ni, aku paling ingat la part si Sean Ruffegde duk belajar puisi ni..:



Bisikku pada bulan


Kembalikan temanku

Kekasihku syurgaku

Tanpa dia

Malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang

Biar alam ini kelam

Biar ia sepi sepertiku...

-SEPI








Di samping tu, aku nak berkongsi ilmu yang aku dapat dari blog ni dalam mendapatkan zuriat. Ya, kita kena berusaha dan berikhtiar jugak kan? Mana boleh hanya duduk menunggu macam tu je. Kena ada ilmu, usaha, ikhtiar dan doa..baru la datangnya tawakal lillahi ta'ala!

Zuriat atau anak adalah anugerah Allah dan rezeki untuk memperolehi anak juga dalam ketentuannya. Sebagai Muslim jangan lupa yang pertama mestilah memohon kepadaNya dahulu sebelum berikhtiar dan bertawakal.

Suami dan isteri kena buat amalan berikut setiap malam:
i - Solat taubat 2 rakaat
ii- Solat hajat 2 rakaat- niat untuk dapat zuriat

Baca ayat :
"Rabbi habli milladunka zurriyyatan toyyibatan Innaka sami' uddua" - ayat 38: Surah Al-Imran
(Doa Nabi Zakaria)


Wiridkan ayat ini 40 kali lepas tu doa minta pada Allah dalam bahasa masing-masing.

Amalkan dengan penuh Yakin... sangat mustajab...insyaAllah.


Moga-moga dapat membantu ya:)!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails