Bulan puasa baru ni, aku mengidam betul makan potato salad. Sampaikan aku berbuka puasa di Kenny Roger's semata-mata untuk makan potato salad! hahaha..kebetulan pula Kak Nadhirah buat entri pasal resipi potato salad ni di blog beliau. Jadi, aku pun merajinkan diri ini untuk buat sendiri potato salad ni, dibantu oleh my dearest husband la:) Kalau buat sendiri, lebih jimat dan boleh makan puas-puas..sampai 3 4 hari berturut-turut kami sekeluarga makan.hehehe:) Dan kali ni aku nak berkongsi resipi potato salad aku ni.
.
Baiklah..bahan-bahan yang aku guna ialah:
Ubi kentang (potato)
Sosej - direbus dahulu
Sayur campur (mix vege)
Tomato ceri
Bawang merah - seulas pun cukup
Cili benggala (capsicum)
Daun bawang
Susu segar rendah lemak
Mayonis
Kismis
Daun salad - sebagai hiasan :)
**************
Cara-caranya mudah saja:
1- Rebus ubi kentang dalam air bersama sedikit garam sehingga lembut. Tapi jangan terlalu lembut, nanti jadi mashed potato pulak:) hehe.
2- Ini petua yang suami aku bagi..kalo nak rebus ubi kentang tu, rebus dengan kulit-kulitnya sekali ok. Of course la, cuci bersih2 dulu ubi kentang tu sebelum rebus. Selepas kentang direbus hingga lembut, toskan sebentar. Kemudian, barulah proses mengupas kulit kentang menjadi mudah:) tak perlu guna pisau,guna jari pun boleh..(mcm iklan syampu.hehe~)
3- Potong sosej yg direbus, bawang, tomato ceri, cili benggala dan daun bawang ikut suka hati korang..nak kiub-kiub pun boleh, nak mayang je pun boleh, cincang pun boleh juga:) oya,sayur campur tu tak payah la potong..ok.

4- Untuk resipi ini, aku campur tiga-tiga mayonis ni dengan sedikit susu segar. Sebatikan..kalo tak nak guna mayonis, boleh gantikan dengan yogurt juga. (ikut resipi Jamie Oliver, Naked Chef)
5- Campur semua bahan tadi bersama ubi kentang yang dah dipotong empat ke dalam sebatian mayonis. Gaul la, apa lagi;)?
6- Jangan lupa letak kismis masa gaul ni.
3 comments:
rajin nye Jihan try mcm2 resipi...:=)
iya sa'adah..jihan ni rajin makan,jadi kena rajin masak jugak.hihi:) dah duduk rumah ni, takde keje lain..masak+makan+tido je..hehehe.
salam singgah.. blog walking. dan terjumpa resepi ni.. nampak begitu menyelerakan... boleh la cuba nanti..
Post a Comment