Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Saturday, September 26, 2009

Bila beraya bersama keluarga suami tercinta...


Buat pertama kalinya aku berhari raya jauh dari famili sendiri. Sedih juga la mula-mula nak fly ke Terengganu tu tapi takpelah..Raya tetap raya jugak! Lagipun, kali ni aku beraya di sana bersama keluarga suami ku yang sangat besar! So, dalam entri ini dan entri seterusnya, aku akan kenalkan adik-adik ipar aku pada korang secara tak langsung la.:)
.
Tema baju raya aku dan suami warna pink kali ni. oh tidakkk..kami tak plan pun nak pakai sedondon. Langsung tidakk..Sebabnya, baju aku ni dah dibeli awal Januari tahun ni manakala kain baju suami aku tu dihadiahkan oleh ayahku sebelum puasa baru ni. Jadi secara kebetulan, warna baju dekat-dekat sama..dan kami pun pakai time raya la:) hehe..Ok dah, berbalik pada cerita asal.....hihi.

Huiisshhh..meriah tau raya kat rumah mertua aku. Apa tidaknya bila dah semua 10 beradik berkumpul, tambah ngan mak abah dan menantu, 5 orang...Memang meletoopppp oooo..And i'm the only menantu perempuan okey.hehe:) oya, tambah sorang lg budak kecik, anak Angah si AziM yang comeL..
.
Jadi, 10 + 5 + 2 + 1 jawabnya = 18 orang tinggal dalam rumah.

Suamiku & aku, Mak & Abah, Saodah (no.3) & Suami..di pagi raya, lepas solat raya, tunggu nak bagi duit raya..;)

Gempak jugak, lagi-lagi dengan kenakalan 2 adik bongsu ku, Ahmad & Nasuha yang suka kacau dan main-main ngan si Azim. Siap boleh buat shuffle lagi tau..aku pun ter'shuffle' sekejap..(haaa..jgn ingat i tak tahu main menatang ni okeh)..HaHahahaa..(^_^) '
.
Tapi, yang best kat rumah ni masa nak tido. Yang lelaki tido ramai2 kat ruang tamu bawah dan perempuan plak tido ramai-ramai kat atas.. Huh,apa lagi..semua bergelimpangan la time ni. Suasana macam ni biasanya dapat kat kampung, tempat lain payah nak cari kan :)

Giliran suami bergambar bersama keluarganya..Ni sebahagian je adik-adik ipar aku. Tak lengkap time ni, 4 lagi belom sampai.. (si amat nak tunjuk duit raya,padahal puasa beberapa hari je..hihi)


Raya ketiga, kami sekeluarga sambut birthday Azim.. Jadi, aku dan suami sponsor sebiji kek dan KFC combo..Best juga sambut besday budak-budak ni sebenarnya. Bukan apa, tiup lilin memang la si Azim comel tu tapi yang menghabiskan kek dan ayam2 KFC tu macik pacik nya..Hahahaa.. Azim makan sikit je.(^_^)
.
Angah tolong Azim tiup lilin sebab dia tak pandai tiup lagi..yang dia tau, main ngan pisau kek je..hehe:) comel kan?



SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU,AZIM!
Moga Azim menjadi anak yang soleh dan boleh bahagiakan mak ayah Azim dunia dan akhirat:) insyaAllah..
Ingat mak long dan ayah long kat Sabah ni selalu..hihi ^-^

**sambung nanti cerita berkelah time raya....

p/s: Gambar-gambar kurang jelas, diambil menggunakan kamera telepon yang kurang berteknologi tinggi. Harap maklum:)

2 comments:

Siti Sa'adah said...

Selamat hr raya Jihan

~Ummi Syaakirah ~ said...

Selamat hari raya jugak saadah;) lupa nak wish kat awak la.hihi~

Related Posts with Thumbnails