
Wednesday, September 30, 2009
Resipi Potato Salad yang menyihatkan..

Tuesday, September 29, 2009
Resipi Tart Telur..~
-100g plain flour
-100g self raising flour
-80g butter
-20g veg oil
-sedikit air sejuk
-secubit garam
Aturannya;
1- Mix together tepung + butter + garam + oil
2- Masukkan air sejuk, mix lagi sehingga jadi doh
3- Wrap it with cling film and freeze about 10 min.
Ingredient (cream);
- 2 cwn fresh milk
- 120g gula pasir
- 3 biji telur
- 1/2 camca esen vanilla
- beberapa titik pewarna kuning
- 2 sudu besar lemon juice
- 1 sudu butter/marjerin
* 2 sudu besar corn starch (tepung jagung)
* 1 sudu besar plain floor
(*bancuhkan dgn sedikit air)
Aturannya;
1- Panaskan susu dgn api sederhana, biarkan sampai mendidih. tutup api. larutkan gula dgn susu panas
2- Kacau telur dan esen dlm mangkuk dan masukkan * bersama. Kacau rata. Satukan ke dlm aturan 1.
3- Panaskan semula sehingga pekat dgn api sederhana.
4- Tutup api dan lastly masukkan pewarna kuning dan lemon jus serta butter. Kacau biar sebati.
Penyediaan tart;
i- Keluarkan crust tart tadi. tabur flour dan uli semula. Bahagikan kepada 9/10 bahagian.
ii- Sapukan butter pada acuan muffin.
iii- Ambil bahagian tart tadi, buat bentuk leper. Tekan, masukkan dlm acuan muffin.
iv- Isikan dgn cream dan bakar pada suhu 180 C selama 25-30 minit.
SELAMAT MENCUBA ^_^!
SEPI dan Usaha mendapatkan zuriat..

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku syurgaku
Tanpa dia
Malam menemaniku
Bulan jangan biar siang
Biar ia sepi sepertiku...

Zuriat atau anak adalah anugerah Allah dan rezeki untuk memperolehi anak juga dalam ketentuannya. Sebagai Muslim jangan lupa yang pertama mestilah memohon kepadaNya dahulu sebelum berikhtiar dan bertawakal.
Sunday, September 27, 2009
Le Tour de Terengganu..



Saturday, September 26, 2009
Bila beraya bersama keluarga suami tercinta...






SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU,AZIM!
Moga Azim menjadi anak yang soleh dan boleh bahagiakan mak ayah Azim dunia dan akhirat:) insyaAllah..
**sambung nanti cerita berkelah time raya....
p/s: Gambar-gambar kurang jelas, diambil menggunakan kamera telepon yang kurang berteknologi tinggi. Harap maklum:)
Friday, September 18, 2009
Salam Aidilfitri....

*
*
*
*
*
*
*
*
"Ya Allah, mudahkanlah kami berpergian ini, dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah yang menemani dalam berpergian, dan Engkau pula yang melindungi keluarga."
.
Tuesday, September 15, 2009
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
*
*
*



Jika anda suka mengeluh dengan keadaan bas buruk yang anda naiki atau jalan raya yang anda lalui, cuba bandingkan dengan mereka ini..
*
*
*

Bersyukur bagi sebagian dari kita, perilaku ini cukup sering dilupakan. Bersyukurlah selalu dengan keadaan yang kita miliki, Kita memiliki panca indera dan fisik yang lengkap, itu semua adalah karunia yang sungguh tak terhingga dari Allah SWT. Banyak diantara kita yang terkadang Lupa bersyukur atas nikmat dan karunia yang diberikan oleh Allah SWT. Jangan pernah kita lupa bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah Ia berikan.
Dari Aisyah r.a. berkata bahwa, “Rasulullah SAW itu bangun shalat malam hingga kedua kakinya merekah. Lalu Aku bertanya padanya, “Ya Rasulallah, mengapa Anda melakukan hal ini padahal Allah telah mengampuni dosa-dosa Anda yang dahulu dan yang kemudian?” Beliau menjawab, “Tidak bolehkah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur?” (HR. Bukhari dan Muslim)
Allah SWT tidak memerlukan harta benda kekayaan dari hamba-Nya, tapi hanyalah hamba-hamba yang sentiasa mengingati dan bersyukur padaNya kerana "Dengan mengingati Allah hati kita akan merasa tenang!"
Friday, September 11, 2009
Sekali lagi kita berpisah...


Dosaku menggunung tinggi,
Namun pengampunan-MU tak pernah bertepi.
Bila selangkah ku rapat pada-Mu,

Wednesday, September 9, 2009
Orang gemuk pun ada perasaan bah!

Btw, wanna ask for your opinion. Hmm..macam mana ya nak tingkatkan keyakinan diri. saya rasa rendah diri.tak cantik.nak bergaya pun serba salah,dan tak yakin. boleh ke Hanis bagi tips untuk tampil yakin? psst..mungkin saya rasa saya gemuk.sebab tu tak yakin.. maybe u have tips? (*_*)
Contoh surat keluhan.
Kak Esah, saya baru sahaja putus cinta dengan pakwe saya. Memang frust menonggeng. Dia tinggalkan saya untuk perempuan yang lagi kurus dan slim. Apa salah saya? Just because badan saya gempal-gempal gebu macam ini, dia jadikan alasan! Saya buntu tak tahu apa nak buat. Harap Kak Esah dapat bantu.
Contoh jawapan annoying Kak Esah.
Hai adik, ala takyah lah sampai frust menonggeng, putus cinta dengan pakwe je. Belum putus tunang, putus ikatan perkahwinan, putus jari dan sebagainya. Tapi elok jugak adik menonggeng bakar kalori, adik pun memang nak kurus sikit kan. Selain menonggeng adik boleh try meniarap, merangkak atau mengesot. Memang salah adik berbadan gebu. Sebab gebu biasanya untuk kucing je. Patutlah dia jadikan alasan, takkan nak jadikan bini. Okaylah kalau adik tak tahu nak buat apa, adik boleh lah pergi tangkap ikan atau tikus memandangkan adik ni kan kucing. Tak pun pergi volunteer nak jaga kawan-kawan kat SPCA. Harap Kak Esah telah membantu.
GILA ANNOYING TAK?! HAHA. Tapi I suka baca juga ruangan tuh. Hihi malu I.
Okay so berbalik kepada email kawan kita tadi, macam mana nak tingkatkan keyakinan diri kalau kita tidak berbadan seperti Gisele Bundchen. No, saya takkan jawab soalan dia macam Kak Esah, jangan nak annoying eh (-_-")
TIPS KEYAKINAN DIRI
Pertama, tiada siapa berbadan seperti Gisele Bundchen, even kalau Gisele beli magazine yang ada gambar dia pun dia terkejut badan dia macam itu. Keep that in mind and be happy.
Kedua, personaliti over physicality! Yang penting personaliti kita harus menarik, tak guna kalau muka gorgeous badan gorgeous tapi suka cakap pasal cuaca. Kalau suka sangat cakap pasal cuaca, pergi duduk dekat warung-warung kat Taiping betting hujan pukul berapa nak turun dengan apek-apek kat situ.
Ketiga, substance! Jangan cakap crap je (macam saya T_T), kenalah berilmiah sekali-sekala. Bila kita berpengetahuan, orang suka nak dengar what we have to say. People look up to you, and hang on to your every word. Tambah pengetahuan dengan membaca yeay! Oh Hanis suka baca Yahoo! Featured Articles sebab selalu tertipu dengan tajuk dia yang catchy T_T
Keempat, jangan pakai selekeh. Kalau orang yang selekeh terlebih confident pun annoying jugak.
Kelima, confidence is not about being full of yourself okay. Listen to what others have to say. Dalam banyak-banyak orang yang bersosial dengan saya, saya suka yang jenis bagi kita jalan nak cakap, ambil pendapat kita dengan serius, tapi still boleh gelak kepada benda yang patut gelak, sekali pun benda itu bodoh.
Keenam, kalau orang pandang kita, hargai. Jangan takut. Jangan sibuk fikir, "eh mesti dia tengok hidung aku yang besar nih". Instead go for "hmm dah agak dah buat selendang/rambut/mekap stylo macam nih, orang akan terpegun." Walaupun hidung kamu memang besar.
Ketujuh, perihal bentuk badan, kalau tak yakin dengan bentuk badan, cari jenis baju yang sesuai dan menonjolkan kecantikkan kamu. Stick to it if you have to. Biar sama style sepanjang zaman dan tak ikut fashion ke apa, janji selesa dan cantik dan beri kamu keyakinan! YA!
Kelapan, jaga kebersihan, selalu check bahu kot-kot ada kelemumur. Beli Head&Shoulders, pakai kat rambut ngan bahu sekali. Check kot2 nafas berbau. Check kot2 bulu telinga perlu trim (ni laki je kan? Dan kucing).
Kesembilan, takyah nak please/puaskan hati semua orang. The truth is,
Haha cute, konon-konon nak buat quote. Okay pastu selalu ingatkan diri sendiri yang kita ni cute. Eh tak tak. Itu perasan.
Whatever it is, just be true to yourself and jangan body concious sangat. Nobody is perfect, even Barbie pun ada basikal untuk dia jaga bentuk badan (-_-")
Saturday, September 5, 2009
Takziah Ainon~
Tepat jam 9.13 malam, selepas balik dari solat terawih sebentar tadi, aku terima kiriman SMS dari adikku Najihah, katanya "Mak Ainon dah meninggal. Al-fatihah." Sungguh aku terkejut, sebak menerima SMS sedemikian. Ya, apatah lagi Ainon ini kawan baik adikku sejak dari matrik UIA.
Takziah kepada Nurainon @ Enon di atas pemergian ibu mu. Ketahuilah Allah Maha Penyayang dan DIA lebih menyayangi ibumu! Tabahkan hatimu dik. Moga Allah memberi kekuatan iman, kecekalan dan ketabahan hati kepadamu sekeluarga di bulan mulia, bulan penuh keberkatan ini! Al-Fatihah..~
Perlahan dimamah arus usia,
Wednesday, September 2, 2009
Saya dah ada baby..



*
*
*