Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Friday, June 26, 2009

MATI itu PASTI!

Akhirnya lagenda pop dunia, Michael Jackson meninggal dunia pada 26 June 2009. Begitulah takdir Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta sekalian makhluk. Hebat mana pun kita di dunia ini, kalau sudah sampai masa Allah nak panggil kita, akan pergi jua kita nanti. Sebab pada setiap manusia itu, MATI adalah PASTI!

Khabarnya Michael Jackson telah peluk Islam sejak 2007. Banyak yang kata itu spekulasi untuk tarik bantuan Pak Arab masa itu memandangkan keadaan kewangan beliau tenat. Allah jua yang Maha Mengetahui.


MJ dengan pak-pak arab


Michael Jackson sebelum ini sedang membuat persiapan untuk konsert comeback terhebat di London, pada Julai ini. Namun takdir Allah mengatasi segalanya kan?


Beliau yang pernah berkahwin 2 kali termasuk dengan Lisa-Marie Presley, cukup dikenali dengan lagu seperti Thriller, Beat It, Billy Jean, Bad, Heal The World dan Black or White. Beliau meninggalkan 3 anak..


Dan kalo tak silap, nama beliau selepas Islam ialah Mikaeel,nama malaikat yang memberi rezeki. Apa-apa pun, kita lihatlah kat mana kuburnya nanti. Wallahu'alam..Allah jua yang Maha Mengetahui :)


"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

1 comments:

Nadhirah said...

(^_^)
mati itu pasti

Related Posts with Thumbnails