Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Sunday, June 7, 2009

HomeMade Anggur & Kiwi Fresh Cream Trifle!

Kali ini aku nak berkongsi resipi manisan yang aku peroleh ilhamnya dari http://nanirostam.blogspot.com/. Nama resipi ini ialah Strawberry Fresh Cream Trifle. Ia mudah dibuat, manis dan sedapppp...:) jadi, sempena nak menyambut kepulangan suamiku yg balik dari kursus perguruan Jumaat lalu, aku pun mencubalah dessert ini. Tapi aku gantikan strawberry kepada kiwi dan anggur sebab strawberry kat KK ni sangat2 lah mahal dan payah nak cari :)..so let's check this out..







Baiklah,cara-caranya ialah...:

Lapisan bawah sekali:
Susunkan kek sponge yang dipotong kiub memenuhi lapisan dasar di dalam mangkuk kaca kaserol. Sapukan di atas kek tersebut lapisan jem strawberry secukupnya. (Jem buah yang asli atau berkualiti).

Lapisan 2:
Didihkan 1 tin susu cair ideal, 1 tin air, ½ tin gula pasir atau manis mengikut kesukaan. Apabila mengelegak masukkan 2 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan ½ cawan air. Kacau tanpa henti dan tutup api. Sejukkan dan tuang setengah daripadanya ke atas lapisan kek yang telah di sapu jem. Simpan yang setengah lagi untuk lapisan seterusnya.

Lapisan 3:
Putar 250gm fresh cream hingga kembang (fresh cream boleh didapati di kedai menjual barangan membuat kek. Sapukan separuh daripada krim yang diputar tadi di atas lapisan kastard tadi. Simpan separuh lagi untuk lapisan seterusnya.Tabur di atasnya hirisan buah-buah stawberi. (Kalau suka boleh tambah buah-buah lain seperti anggur, kiwi atau pic)

Lapisan 4:
Sapukan baki lapisan kastard yang separuh tadi.

Lapisan 5: (Lapisan Paling Atas)
Sapukan baki lapisan fresh cream yang separuh tadi. Dan taburkan hirisan buah strawberi atau kiwi atau buah anggur. (Sejukkan di dalam peti ais semalaman sebelum dihidang)
Aku dah cuba resipi ni sendiri..tapi aku tak guna kek sponge,aku hanya guna kek gulung yg available kat mana-mana kedai roti..hehehe..kalau tak percaya..scroll bawah ni....ni version aku buat sendiri..:)

Langkah pertama,susun kek mcm ni.sapu jem atas kek.
..then, langkah kedua letak kastard masak & disejukkan di atas lapisan pertama ni ok.

ni langkah ketiga..sila baca langkah2 di atas

ni langkah keempat..sepatutnya,tuang je kastard ni tapi oleh kerana tak cukup, maka aku pun berhati-hati la dlm membahagikan kastard ni untuk 2 portion supaya cukup..hehe. dan akhir sekali....

*
*
*
*
*

TADAaa..inilah DIA - Anggur & Kiwi Fresh Cream Trifle - yang aku berjaya hasilkan buat kali pertama..dan yang penting suami aku suka..hehehe:)


BEST! penulis bersama hasilnya..

Tak salah kalo buat sekali-sekala walaupun kita tengah diet..mesti ahli keluarga atau adik-adik atau suami/isteri kita suka kan? dah dapat pahala tau kalo si suami suka.hehe..Dan kalau ada jamuan pun,kita boleh la hidang pada para tetamu.


SELAMAT MENCUBA..:) !!!




0 comments:

Related Posts with Thumbnails