Melabur dlm ASB guna loan bank, Untung @ Rugi ?
> Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri
> jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini.
> Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya
> sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.
>
> Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan
> tidak berniat untukmemburuk-burukkan pihak tertentu.
> Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat
> keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).
> > Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari
> Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank
> mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun)
>
==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
>
> Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.
> Contoh:
> Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000
> setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan
> at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang
> boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan
> sebagainya.
>
>
> Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
> -----------------------------------------------------------------
>
> Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney,
> jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar
> semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda,
> loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan
> dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827
> (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg
> dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda
> terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan
> RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.
>
> Untung atau rugi?
>
> Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan
> selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi
> RM 94,260.
> Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8
> tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai
> pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.
>
>-------------------------------------------------------------
> Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintain
> membayar bulanan kpd loan
> ---------------------------------
>
> Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9%
> setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun
> adalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk
> 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun
=> RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima
=> RM 240,000
>
> Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda
> perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos
> pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.
>
> Untung pada mata kasar ==> RM 64,641
>
> Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan
> anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun,
> anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan
> RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun,
> Nilai pelaburan anda akan
>menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna,
> oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda
> kehilangan 'potential gain'.
>
> Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
> Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000
> ----------------------------------------------------
> Kehilangan Keuntungan?
> RM 143,018 !
> Siapa yang untung sebenarnya?
==> Bank !
>
> Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM
> 175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna..
> mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang
> anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri.
> Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana
> ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan,
> mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka
> ambil dari pelaburan anda.
>
> Yang Rugi
==> Anda sebenarnya!!!.
>
> Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit
> sendiri.
>
Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang. Dan MARILAH CARI ALTERNATIF LAIN & MELABUR DALAM PUBLIC MUTUAL BERHAD. (^_^)!
Sekian.Terima kasih.
HahAhaa: Mesti pening kepala korang kan lepas baca+kira+cuba nak pahamkan tentang pengiraan ni..sampai berkerut2 dahi tu..:) Nway, cara pengiraan pelaburan ni aku dapat daripada seorang akauntan drp satu department,sherrina nama dia kalo x silap la:) info ni bagus jugak kalo share kan?
Ok la..tatatititutu ~