Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Tuesday, May 26, 2009

RESIPI KEK BATIK

Bila bercerita bab makan-makan ni,kami berdua ni sangat-sangatlah suka! Pantang ada makanan je, kami makan. Cuma kalo bab makanan manis macam aiskrim ke,kek @ puding ke,coklat ke, suami aku memang memilih sikit la.Tapi aku ni,memang pelahap.Main bedal je apa-apa ada depan mata ni haa..Tu pasal la badan aku ni makin naik.hehe:)
Oh ya,bercakap pasal makan-makan ni,aku terbaca satu resipi kek batik daripada blog rakan siber aku, Cik Aidalina. Aku dan adik-beradikku sangat-sangatlah suka kek batik,jadi aku pun dah mencuba resipi ini. Dan aku gerenti memang sedap! Jadi, cubalah ye..:)
Bahan-bahannya ialah:
*Resipi ini adalah untuk 2 blok mentega (butter)
2 blok butter/mentega
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
10 biji telur
1 paket of milo (paling kecil)
1 tin susu manis
Setengah cawan serbuk koko
Setengah botol browning**
Pewarna coklat**
500 gm biskut marie
**Kalau bahan-bahan tersebut tiada pun takpe:)





Cara-caranya ialah:

1) Gaul sehingga semua bahan-bahan jadi sebati. Kemudian masukkan dalam kuali, macam ni!


2) Gaulkan dengan api yg sederhana perlahan. Api jangan kuat sangat,nanti hangus plak :)

3) Gaul/kacau lagi sehingga kelihatan berketul-ketul & campuran tidak melekat pada kuali.

4) Masa inilah paling sesuai untuk masukkan biskut marie supaya biskut tidak terlalu rangup atau terlalu lembik.
5) Setelah bahan campuran dan biskut menjadi sebati, masukkannya ke dalam bekas container atau dulang kek. Tekan sehingga adunan menjadi mampat di dalam bekas tersebut.
6) Biar dulu adunan tersebut di bawah kipas/udara selama 30-45minit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

.
.
.
.
.
.
.
.

Dan, akhirnya......TADAA.......:)





Sekarang dah boleh makan...nyum..nyumm..;)






Resipi kek batik ni boleh memuatkan 2 bekas container. SELAMAT MENCUBA (^_^)!


4 comments:

NURAINON ABDUL KARIM said...

wahhhhhhhhhhhhhhh sedap2...nk jugak :p hehe

najihah said...

kak ann, post la ke uia...terliur suda ni he3

~Ummi Syaakirah ~ said...

hahaha..sedap dik kek batik nih! kak ann try 2 kali dah. Mak pun suka :)!hehehe..

Anonymous said...

bleh tanye.......kalu x letak susu bleh ?

Related Posts with Thumbnails