Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"
Showing posts with label Makan Oh Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan Oh Makan. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

Secret Recipe - my fav cake!

Bila sebut pasal Secret Recipe je, mesti korang terbayang-bayang akan kelazatan kek-kek yang ada di situ kan :)? Sape yang tak terliur bila melihat hidangan kek di Secret Recipe? Jom tengok antara kek-kek yang menjadi igauan malam-malam ku (kononnyalah..hehe:))


Blueberry Cheese..yummy!


Delicious Banana Chocolate


Amazing CheeZe Choc

My Sweet Sweet Choc Indulgence (my No.1)

Walnut Brownies (lagi sedap kalo tambah aiskrim!)

Haa..Mesti telan air liur tengok kek-kek ni kan:)? Amaran: Sila tutup mulut anda yang terngaga tu ye.hehehe..

Untuk yang berdiet, ada jugak kek-kek special untuk anda tapi kena cuba sendiri lah sebab aku tak penah makan lagi. ok =)!

Sedapnyaa..Esok nak pegi Secret Recipe lah!

Hingga ketemu lagi.
Tatatititutu~

Tuesday, May 26, 2009

RESIPI KEK BATIK

Bila bercerita bab makan-makan ni,kami berdua ni sangat-sangatlah suka! Pantang ada makanan je, kami makan. Cuma kalo bab makanan manis macam aiskrim ke,kek @ puding ke,coklat ke, suami aku memang memilih sikit la.Tapi aku ni,memang pelahap.Main bedal je apa-apa ada depan mata ni haa..Tu pasal la badan aku ni makin naik.hehe:)
Oh ya,bercakap pasal makan-makan ni,aku terbaca satu resipi kek batik daripada blog rakan siber aku, Cik Aidalina. Aku dan adik-beradikku sangat-sangatlah suka kek batik,jadi aku pun dah mencuba resipi ini. Dan aku gerenti memang sedap! Jadi, cubalah ye..:)
Bahan-bahannya ialah:
*Resipi ini adalah untuk 2 blok mentega (butter)
2 blok butter/mentega
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
10 biji telur
1 paket of milo (paling kecil)
1 tin susu manis
Setengah cawan serbuk koko
Setengah botol browning**
Pewarna coklat**
500 gm biskut marie
**Kalau bahan-bahan tersebut tiada pun takpe:)





Cara-caranya ialah:

1) Gaul sehingga semua bahan-bahan jadi sebati. Kemudian masukkan dalam kuali, macam ni!


2) Gaulkan dengan api yg sederhana perlahan. Api jangan kuat sangat,nanti hangus plak :)

3) Gaul/kacau lagi sehingga kelihatan berketul-ketul & campuran tidak melekat pada kuali.

4) Masa inilah paling sesuai untuk masukkan biskut marie supaya biskut tidak terlalu rangup atau terlalu lembik.
5) Setelah bahan campuran dan biskut menjadi sebati, masukkannya ke dalam bekas container atau dulang kek. Tekan sehingga adunan menjadi mampat di dalam bekas tersebut.
6) Biar dulu adunan tersebut di bawah kipas/udara selama 30-45minit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

.
.
.
.
.
.
.
.

Dan, akhirnya......TADAA.......:)





Sekarang dah boleh makan...nyum..nyumm..;)






Resipi kek batik ni boleh memuatkan 2 bekas container. SELAMAT MENCUBA (^_^)!


Related Posts with Thumbnails