Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Wednesday, September 30, 2009

Resipi Potato Salad yang menyihatkan..

Bulan puasa baru ni, aku mengidam betul makan potato salad. Sampaikan aku berbuka puasa di Kenny Roger's semata-mata untuk makan potato salad! hahaha..kebetulan pula Kak Nadhirah buat entri pasal resipi potato salad ni di blog beliau. Jadi, aku pun merajinkan diri ini untuk buat sendiri potato salad ni, dibantu oleh my dearest husband la:) Kalau buat sendiri, lebih jimat dan boleh makan puas-puas..sampai 3 4 hari berturut-turut kami sekeluarga makan.hehehe:) Dan kali ni aku nak berkongsi resipi potato salad aku ni.
.
Baiklah..bahan-bahan yang aku guna ialah:
Ubi kentang (potato)
Sosej - direbus dahulu
Sayur campur (mix vege)
Tomato ceri
Bawang merah - seulas pun cukup
Cili benggala (capsicum)
Daun bawang
Susu segar rendah lemak
Mayonis
Kismis
Daun salad - sebagai hiasan :)
**************
Cara-caranya mudah saja:
1- Rebus ubi kentang dalam air bersama sedikit garam sehingga lembut. Tapi jangan terlalu lembut, nanti jadi mashed potato pulak:) hehe.

2- Ini petua yang suami aku bagi..kalo nak rebus ubi kentang tu, rebus dengan kulit-kulitnya sekali ok. Of course la, cuci bersih2 dulu ubi kentang tu sebelum rebus. Selepas kentang direbus hingga lembut, toskan sebentar. Kemudian, barulah proses mengupas kulit kentang menjadi mudah:) tak perlu guna pisau,guna jari pun boleh..(mcm iklan syampu.hehe~)



3- Potong sosej yg direbus, bawang, tomato ceri, cili benggala dan daun bawang ikut suka hati korang..nak kiub-kiub pun boleh, nak mayang je pun boleh, cincang pun boleh juga:) oya,sayur campur tu tak payah la potong..ok.


4- Untuk resipi ini, aku campur tiga-tiga mayonis ni dengan sedikit susu segar. Sebatikan..kalo tak nak guna mayonis, boleh gantikan dengan yogurt juga. (ikut resipi Jamie Oliver, Naked Chef)
5- Campur semua bahan tadi bersama ubi kentang yang dah dipotong empat ke dalam sebatian mayonis. Gaul la, apa lagi;)?
6- Jangan lupa letak kismis masa gaul ni.
7- Beberapa helai daun salad sebagai hiasan diperlukan.

TADAaaaa.....inilah hasilnya yang mengagumkan! Sedapppp..(kena puji diri sendiri la..hihi:)

Kalau korang nak lagi mudah, tak nak buat kerja potong-memotong, tak suka makan sayur...senang je. Hanya gunakan ubi kentang dan campuran mayonis tadi. Then, gaulkan dan makan laa...:)
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, September 29, 2009

Resipi Tart Telur..~


Ingredients (crust);
-100g plain flour
-100g self raising flour
-80g butter
-20g veg oil
-sedikit air sejuk
-secubit garam

Aturannya;
1- Mix together tepung + butter + garam + oil
2- Masukkan air sejuk, mix lagi sehingga jadi doh
3- Wrap it with cling film and freeze about 10 min.


Ingredient (cream);
- 2 cwn fresh milk
- 120g gula pasir
- 3 biji telur
- 1/2 camca esen vanilla
- beberapa titik pewarna kuning
- 2 sudu besar lemon juice
- 1 sudu butter/marjerin
* 2 sudu besar corn starch (tepung jagung)
* 1 sudu besar plain floor
(*bancuhkan dgn sedikit air)

Aturannya;

1- Panaskan susu dgn api sederhana, biarkan sampai mendidih. tutup api. larutkan gula dgn susu panas

2- Kacau telur dan esen dlm mangkuk dan masukkan * bersama. Kacau rata. Satukan ke dlm aturan 1.

3- Panaskan semula sehingga pekat dgn api sederhana.

4- Tutup api dan lastly masukkan pewarna kuning dan lemon jus serta butter. Kacau biar sebati.


Penyediaan tart;

i- Keluarkan crust tart tadi. tabur flour dan uli semula. Bahagikan kepada 9/10 bahagian.

ii- Sapukan butter pada acuan muffin.

iii- Ambil bahagian tart tadi, buat bentuk leper. Tekan, masukkan dlm acuan muffin.

iv- Isikan dgn cream dan bakar pada suhu 180 C selama 25-30 minit.


SELAMAT MENCUBA ^_^!

SEPI dan Usaha mendapatkan zuriat..





Tadi, aku tonton cerita Sepi di TV3, kebetulan aku tonton sorang2 sebab suamiku duk kat maktab lagi.. Tinggal aku kesepian layan cerita Sepi ni..ecehh..hihi..Walaupun separuh jalan cerita je aku tengok, aku masih ingat lagi filem ni sebab dah banyak kali aku tonton..Tak bosan, jadi aku tengok la banyak kali..hihi:) Banyak pengajaran yang baik diterap dalam filem ni.

Contoh: si Imaan yang merasa sepi selepas teman lelakinya meninggal dunia hingga menjauhkan diri dari orang lain. Hmm, hati kita takkan sunyi dan sepi selagi kita redha pada segala ketentuanNya kan? Sebab Allah itu tidak pernah lupa atau tidur walau sedetik pun.. Dan hati yang sentiasa mengingatiNya, akan berasa tenang :) ini pendapat aku la..hihi.. Dalam anyak-banyak part filem ni, aku paling ingat la part si Sean Ruffegde duk belajar puisi ni..:



Bisikku pada bulan


Kembalikan temanku

Kekasihku syurgaku

Tanpa dia

Malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang

Biar alam ini kelam

Biar ia sepi sepertiku...

-SEPI








Di samping tu, aku nak berkongsi ilmu yang aku dapat dari blog ni dalam mendapatkan zuriat. Ya, kita kena berusaha dan berikhtiar jugak kan? Mana boleh hanya duduk menunggu macam tu je. Kena ada ilmu, usaha, ikhtiar dan doa..baru la datangnya tawakal lillahi ta'ala!

Zuriat atau anak adalah anugerah Allah dan rezeki untuk memperolehi anak juga dalam ketentuannya. Sebagai Muslim jangan lupa yang pertama mestilah memohon kepadaNya dahulu sebelum berikhtiar dan bertawakal.

Suami dan isteri kena buat amalan berikut setiap malam:
i - Solat taubat 2 rakaat
ii- Solat hajat 2 rakaat- niat untuk dapat zuriat

Baca ayat :
"Rabbi habli milladunka zurriyyatan toyyibatan Innaka sami' uddua" - ayat 38: Surah Al-Imran
(Doa Nabi Zakaria)


Wiridkan ayat ini 40 kali lepas tu doa minta pada Allah dalam bahasa masing-masing.

Amalkan dengan penuh Yakin... sangat mustajab...insyaAllah.


Moga-moga dapat membantu ya:)!

Sunday, September 27, 2009

Le Tour de Terengganu..

hmm..entri kali ni aku letak gambar banyak sikit, aktiviti jalan-jalan kat Terengganu.:) cuma tak banyak tempat aku pergi la sebab masa tak mencukupi..huhu~
.
tengah tunggu kapal terbang ke Terengganu..delayed pula setengah jam. semua penumpang buka puasa kat sini je time ni, kami makan nasi tapau Marrybrown..ala,dutanya si Mawi tu.

balik kampung..ooooo..ooooo....balik kampung....^_^


berkelah di Air Terjun Sekayu, Terengganu...oya, sambal ikan bilis tu aku yang buat dan sambal udang tu suami aku pula yang masak. dua-dua teror masak okeh:)


dan dua-dua teror makan...hahaAhaHaa...



mak mertua dan Angah
safura, sufri dan safiyah
korang kenal tak masjid ini???
ya betulll...inilah Masjid Kristal :)!

cantikkan? silalah lawat..ZooOOmm Malaysia bah!
bila lagi aku nak mai sini..hmmmm...

menunggu flight seterusnya ke Kota Kinabalu..
aku buat muka lawa, padahal dah 8 9 kali masuk kuar toilet time sebab cirit-birit...memang teruk la sakitnya. nasib baik ada suami di sisi, pengubat sakit :)
Ngeeee...senyum yang dibuat-buat sebab nak tunjuk gigi kami yang tak secantik gigi model ubat iklan Colgate..huhu~



WASALAM....




Saturday, September 26, 2009

Bila beraya bersama keluarga suami tercinta...


Buat pertama kalinya aku berhari raya jauh dari famili sendiri. Sedih juga la mula-mula nak fly ke Terengganu tu tapi takpelah..Raya tetap raya jugak! Lagipun, kali ni aku beraya di sana bersama keluarga suami ku yang sangat besar! So, dalam entri ini dan entri seterusnya, aku akan kenalkan adik-adik ipar aku pada korang secara tak langsung la.:)
.
Tema baju raya aku dan suami warna pink kali ni. oh tidakkk..kami tak plan pun nak pakai sedondon. Langsung tidakk..Sebabnya, baju aku ni dah dibeli awal Januari tahun ni manakala kain baju suami aku tu dihadiahkan oleh ayahku sebelum puasa baru ni. Jadi secara kebetulan, warna baju dekat-dekat sama..dan kami pun pakai time raya la:) hehe..Ok dah, berbalik pada cerita asal.....hihi.

Huiisshhh..meriah tau raya kat rumah mertua aku. Apa tidaknya bila dah semua 10 beradik berkumpul, tambah ngan mak abah dan menantu, 5 orang...Memang meletoopppp oooo..And i'm the only menantu perempuan okey.hehe:) oya, tambah sorang lg budak kecik, anak Angah si AziM yang comeL..
.
Jadi, 10 + 5 + 2 + 1 jawabnya = 18 orang tinggal dalam rumah.

Suamiku & aku, Mak & Abah, Saodah (no.3) & Suami..di pagi raya, lepas solat raya, tunggu nak bagi duit raya..;)

Gempak jugak, lagi-lagi dengan kenakalan 2 adik bongsu ku, Ahmad & Nasuha yang suka kacau dan main-main ngan si Azim. Siap boleh buat shuffle lagi tau..aku pun ter'shuffle' sekejap..(haaa..jgn ingat i tak tahu main menatang ni okeh)..HaHahahaa..(^_^) '
.
Tapi, yang best kat rumah ni masa nak tido. Yang lelaki tido ramai2 kat ruang tamu bawah dan perempuan plak tido ramai-ramai kat atas.. Huh,apa lagi..semua bergelimpangan la time ni. Suasana macam ni biasanya dapat kat kampung, tempat lain payah nak cari kan :)

Giliran suami bergambar bersama keluarganya..Ni sebahagian je adik-adik ipar aku. Tak lengkap time ni, 4 lagi belom sampai.. (si amat nak tunjuk duit raya,padahal puasa beberapa hari je..hihi)


Raya ketiga, kami sekeluarga sambut birthday Azim.. Jadi, aku dan suami sponsor sebiji kek dan KFC combo..Best juga sambut besday budak-budak ni sebenarnya. Bukan apa, tiup lilin memang la si Azim comel tu tapi yang menghabiskan kek dan ayam2 KFC tu macik pacik nya..Hahahaa.. Azim makan sikit je.(^_^)
.
Angah tolong Azim tiup lilin sebab dia tak pandai tiup lagi..yang dia tau, main ngan pisau kek je..hehe:) comel kan?



SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU,AZIM!
Moga Azim menjadi anak yang soleh dan boleh bahagiakan mak ayah Azim dunia dan akhirat:) insyaAllah..
Ingat mak long dan ayah long kat Sabah ni selalu..hihi ^-^

**sambung nanti cerita berkelah time raya....

p/s: Gambar-gambar kurang jelas, diambil menggunakan kamera telepon yang kurang berteknologi tinggi. Harap maklum:)

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh..

TAHUN NI, SAYA AKAN MENYAMBUT HARI RAYA BERSAMA SUAMI DAN KELUARGA MERTUA DI TERENGGANU. DAN AKAN BEREHAT SEBENTAR DARI DUNIA BLOGGING SELAMA SEMINGGU. JADI ANAK PERANTAU LA KEJAP :) JADI....
*
*
*
*
*
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN
MAAF ZAHIR & BATIN
*
*
*
*
*
"Ya Allah, mudahkanlah kami berpergian ini, dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah yang menemani dalam berpergian, dan Engkau pula yang melindungi keluarga."



.
IKHLAS DARIPADA KAMI
-Jihan & Ibrahim-

Tuesday, September 15, 2009

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

*
*
*
*
*
*
Jika anda rasa sebahagian tubuh anda tidak sesempurna yang anda inginkan, cuba renung pula nasib anak comel ini....


Jika anda rasa makanan anda tidak sedap @ tidak mencukupi, renungkanlah mereka ini..



Jika anda suka mengeluh dengan keadaan bas buruk yang anda naiki atau jalan raya yang anda lalui, cuba bandingkan dengan mereka ini..

Jika anda rasa gaji anda tidak mencukupi atau kerja anda membebankan, cubalah bandingkan dengan si dia ini...

Jika anda rasa menderita, bagaimana pula dengan budak ini?

Apakah hidup anda sudah cukup menyusahkan? Terlalu teruk hinggakan anda sudah rasa putus asa?? Apakah hidupmu lebih teruk berbanding mereka-mereka ini??
*
*
*
*
JADI...
BERSYUKURLAH KAMU!!!

Bersyukur bagi sebagian dari kita, perilaku ini cukup sering dilupakan. Bersyukurlah selalu dengan keadaan yang kita miliki, Kita memiliki panca indera dan fisik yang lengkap, itu semua adalah karunia yang sungguh tak terhingga dari Allah SWT. Banyak diantara kita yang terkadang Lupa bersyukur atas nikmat dan karunia yang diberikan oleh Allah SWT. Jangan pernah kita lupa bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah Ia berikan.

Dari Aisyah r.a. berkata bahwa, “Rasulullah SAW itu bangun shalat malam hingga kedua kakinya merekah. Lalu Aku bertanya padanya, “Ya Rasulallah, mengapa Anda melakukan hal ini padahal Allah telah mengampuni dosa-dosa Anda yang dahulu dan yang kemudian?” Beliau menjawab, “Tidak bolehkah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur?” (HR. Bukhari dan Muslim)

Allah SWT tidak memerlukan harta benda kekayaan dari hamba-Nya, tapi hanyalah hamba-hamba yang sentiasa mengingati dan bersyukur padaNya kerana "Dengan mengingati Allah hati kita akan merasa tenang!"

Adakah kita pasti boleh senyum sebegini jika kita ditempat si comel ini???
Sama-samalah kita renung kembali..Wallahu'alam.
Related Posts with Thumbnails