Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Thursday, February 25, 2010

My Baby's RoOm....

Ibu bapa perlu mengenal pasti bilik bersesuaian sebelum memilih perabot dan kelengkapan perlu untuk anak mereka.

IBU BAPA yang pertama kali menimang bayi tentunya ghairah merancang bilik yang selesa dan cantik untuk cahaya mata mereka.

Mengenal pasti bilik bersesuaian untuk bayi dan kanak-kanak penting sebelum memilih perabot yang bakal dimuatkan dalam bilik berkenaan.

Sebelum itu, mereka mesti pastikan bilik bayi berhampiran bilik utama supaya tidak mengganggu ahli keluarga lain jika anak menangis.

Ketika menghias bilik tidur bayi pula, ibu bapa perlu berfikir panjang sama ada bilik yang sama akan digunakan dalam tempoh lama atau kekal sebagai bilik tidur bayi.

Antara kelengkapan dan perhiasan tambahan sebagai peneman bilik tidur bayi selain katil dan almari pakaian ialah patung, buku cerita, peti mainan, lukisan berbingkai, meja dan kerusi serta tong sampah.

Selain pemilihan bilik dan perabot dan kelengkapan, bilik bayi yang sempurna ialah yang mempunyai sistem pengudaraan semula jadi yang mencukupi. Ini bermakna, suasana bilik tidak bergantung kepada cahaya lampu atau sistem pengudaraan daripada kipas dan alat penghawa dingin semata-mata.

Pada peringkat awal, ibu bapa tidak perlu terlalu cerewet memilih warna atau perabot yang terlalu padat. Cukup sekadar menghiasinya dengan warna asas yang lembut.

Bagi mewujudkan kelainan, disarankan supaya menggabungkan warna merah jambu dan biru laut yang sudah menjadi warna pengenalan bagi bayi lelaki dan perempuan.

Jika bercadang menggunakan kertas dinding yang bermotifkan alam semula jadi termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau watak kartun, pastikan coraknya sesuai dengan peringkat usia bayi.

Bagi bilik kanak-kanak berusia empat tahun ke atas, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah keselamatan kerana mereka sedang melalui proses pembelajaran. Bilik mereka biasanya dijadikan tempat bermain dan belajar selain tempat tidur.

Justeru, tidak perlu diletakkan perabot mahal atau berjenama, memadai dengan yang berharga sederhana tetapi kukuh dan lasak.

Pengarah Urusan Medium Design Associate, Muzzammil Muhamad, berkata perabot di bilik bayi biarlah daripada jenis boleh ubah suai untuk jangka masa panjang kerana bayi cepat membesar, manakala bagi kanak-kanak sediakan ukuran perabot yang sesuai dengan usia mereka dan kegiatan yang dilakukan.

“Jika kanak-kanak lasak, pastikan kelengkapan dipilih teguh, tahan lama dan dapat menampung berat badan mereka bagi mengelakkan cedera jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

“Bagi ibu bapa yang mempunyai bajet yang rendah tetapi ingin menghias bilik bayi mereka pula, tidak perlu risau kerana di pasaran sekarang banyak perabot dan peralatan yang boleh suai dan padan. Apa yang penting adalah kreativiti,” katanya.

oleh: Sumber

Bawah ni ada beberapa contoh baby's room yang cantik-cantik..Jom layannnn...~


Saya paling suka tengok bilik ni...simple tapi cantik!!!!!!

nice but too crowded kan :)?


ni pun okey..tapi bilik kecik skit, so kena guna bilik lain..hehe:)


gorgeous! for baby boy...i loike ^_^!

ni pun simple, pink+green


yang ni pun okey la..biasa2 :) hehe.

cantik! marbeles..:)


Sekian. Uishhh..rambang mata tengok bilik-bilik baby nie....(*-*) i loike....~


Sunday, February 14, 2010

Dalam Laut ada Sungai....Macam mana tuu???



"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar.

Dengan seketika dia pun memeluk Islam.



Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Di sana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.






Wallahu'alam....Sesungguhnya, ALLAH MAHA BESAR!!!

Sunday, January 24, 2010

Saya dah kembali...

Assalamualaikum...

Wah..sudah terlalu lama diri ini menyepi dari dunia blog. Maklum sajalah, bila saya dah mengandung ni, semua benda malas nak buat. 'Shopping' atau 'window shopping' bukan lagi menjadi satu kemestian sejak akhir2 ni. Rasa lebih seronok duduk kat rumah ni dari keluar jalan2..suami pun naik hairan bila saya ni cepat je nak balik kalo dah keluar jalan2..hehe :)

Itulah kelebihan bila kita menjadi agen/perunding unit amanah Public Mutual..tak payah susah2 nak minta cuti/MC dari majikan kan ^_^ ? Family comes first..Rezeki itu insyaAllah ada di mana-mana. Tak perlu terlalu kejar dunia hingga mengabaikan keluarga.

Ok lah, saya akan kembali lagi...^_^

Tuesday, November 10, 2009

Alhamdulillah..Jawapan Positif ~

Assalamua'alaikum semua...



Syukran Ya Allah kerana memberi hadiah terbaik dan teristimewa ini buat kami dalam kami menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan kami (28-11-09 ni)...


Alhamdulillah, setelah hampir setahun menanti, dan setelah beberapa kali mendapat jawapan negatif dari 'pregnancy test', akhirnya kami berdua mendapat jawapan positif. ^_^ Patutlah sepanjang minggu lepas, dan waktu di KL baru-baru ni, aku rasa mabuk-mabuk, loya-loya, asyik nak minum benda masam-masam je dan yang terasa betul, aku cepat benor letihhh! Rupa-rupanya, I'M PREGNANT....:-) Alhamdulillah.....~


Kami masih tak puas hati lagi, so pegi klinik Dr. Suzain buat checking memandangkan dia the only female doctor yg i kenal di KK ni. Dan sekali lagi, jawapan yg doktor bagi POSITIF! Dan doktor kata kandungan ni masuk 7 minggu dah..tapi kena buat scanning minggu depan. Baru boleh tau la usia sebenar kandungan ni.



OHhhh...We are SoOoOO HaPPyyyyyy ^_^!!!!!!



THANK YOU ALLAH!






p/s: sori malas nak upload gambar pregnancy test tu..hihi :)



Tuesday, November 3, 2009

Apabila kalimah Allah berada di depan mata..

MasyaAllah..Subhanallah..Allah Maha Berkuasa!

Itulah kata-kata yg terpancul di mulut saya tatkala melihat kalimah ALLAH di langit sekitar jam 4.50-4.55 pagi kelmarin. Ya, betul...saya tak tipu okay. Saya melihatnya sendiri dgn mata kepala saya sendiri. Time tu suami baru nak bertolak dalam ke surau..ye, kat KK ni 4.45 pagi dah subuh okay.:) Kebetulan, bulan purnama tersangatlah terang malam hingga subuh.

Bila suami dah asyik tengok bulan purnama tu, dia dengan tak tersengaja melihat ada kalimah ALLAH di sebelah bulan tu. Apalagi, terus dia naik ke bilik dan bgtau kat saya.. Saya pun apalagi, terus buka tingkap dan kalimah Allah itu benar2 berada di hadapan tingkap bilik kami! Ye kawan2..perkataan itu berada di sebelah bulan purnama yg sangat terang, berhadapan tingkap bilik kami! Bayangkan, perkataan itu kami boleh nampak dengan jelasnya walaupun hari masih gelap. Awan2 lain pun ada, tapi awan yg kami tengok ni sgt2 berbeza la bentuknya..MasyaAllah....hanya Allah saja yang tahu perasaan kami pada masa tu. Tak dapat digambarkan dengan kata2.


ini sekadar gambar hiasan: diamik dr pacik google..kejadian berlaku di Kashmir.


Saya cuba amik gambar pagi tu tapi hanya bulan yg kelihatan, kalimah tu tak nampak kat kamera. tapi yang pasti kalimah yg kami lihat tu lebih jelas dari gmbar di atas ni. Dan kalimah itu berbentuk tulisan khat..Mungkin sebab hari masih gelap kot..jadi tak dapat nak tunjuk kat korang la..sori tau:



Alhamdulillah..tercapai hajat di hati melihat kalimah Allah dengan mata kepala sendiri. Dah lama sangat berdoa nak tengok, sbb sebelum ni hanya tengok gambar2 je..sangat bersyukur sangat2! Syukran Ya Allah kerana memilih kami! Moga-moga ada hikmah dan berita baik di sebalik kejadian ni..InsyaAllah..amin:)



Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa!



Wednesday, October 28, 2009

Janganlah hendak mencari yang lebih baik jika anda sudah menjumpainya!

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Sekadar berkongsi ilmu..~

S.I.S yang keliru lagi mengelirukan?


Dalam usrah HELWA Abim Sabtu lepas, banyak juga isu-isu semasa yang dikongsi dan dibincangkan bersama. Aku tertarik apabila Cikgu Rosnih, Pengerusi Helwa, ada menyebut pasal Sisters in Islam (SIS), satu pertubuhan bukan kerajaan.


Nama-nama besar seperti Zainah Anwar, Nori Abdullah dan Marina Mahathir sering memberi pandangan yang sedikit sebanyak mengelirukan umat Islam dan mungkin diri sendiri juga. Secara umumnya kita mengetahui, ketiga-tiganya adalah 'pendukung kuat' pertubuhan ini yang prinsipnya mempertahankan kebebasan hak individu. Dan dalam BAR council pun, ramai peguam-peguam melayu yang join SIS..ishh..~


Dan bercerita tentang SIS ni, banyak isu yang berkaitan dengan agama Islam atau undang-undang Syariah Islam yang mereka cuba selewengkan. Ada seorang peguam yang bermati-matian menentang hukuman sebat ni dan dia siap bagi ayat Quran lagi, ayat yang diturunkan sebelum arak diharamkan. Dia juga berkeras mengatakan bahawa minum arak itu tidak haram selagi kita tak mabuk..(Huh, apakejadahnya?? Ishh...belajar dah tinggi dah. Ke awak tido je dalam kuliah, wahai peguam oi? Ataupun, sijil awak tu sijil beli je??!)


Begitu juga di laman web 'Sisters in Islam', segala pandangan yang dinyatakan di sini tidak dikukuhkan dengan dalil-dalil yang boleh menyokongnya malah mereka hanya menyertakan jenis surah dan kedudukan ayat sahaja. Tidak diurai pula, tafsir atau maksud sebenar di sebalik ayat-ayat tersebut.


Ingat!! Dalam disiplin ilmu, apa jua jenis ilmu yang kita pelajari, kita mesti sandarkan kepada rujukan, fakta-fakta serta huraian yang terperinci (in detailed) tentang sesuatu isu, dan ini tidak didapati dalam kenyataan dan pandangan mereka ini. Apa yang dilontarkan oleh Sisters in Islam ini hanyalah buah fikiran mereka yang berlandaskan emosi semata-mata.


Dan yang peliknya SIS ni, setelah melemparkan segala kritikan, tohmahan dan bantahan ketidakpuasan hati, tidak pula mereka memberi sebarang saranan, idea atau cadangan bagi memperbetulkan ketidak adilan yang merka anggap ini, berlaku terhadap wanita.


Contohnya, dengan rasa tak bertanggungjawab, mereka menyifatkan undang-undang Syariah iaitu hukuman sebat bagi orang Islam yang minum arak sebagai zalim. Dakwaan yang tak sepatutnya terpancul dari mulut orang Islam itu telah menyebabkan masyarakat jelek, meluat terhadap Sisters in Islam yang membawa agenda Barat dalam hal berkaitan wanita di negara ini.


Mengapa mereka mahu mempertahankan 'kehalalan' arak itu padahal arak itu adalah ibu kepada segala kejahatan dan kemaksiatan??


Dan mengapa SIS menyatakan bahwa keimanan seseorang itu dikuatkuasakan dengan cara kuku besi?? Jika benarlah, tentu Zainah Anuar, Marina Mahathir dan Nori Abdullah menjadi kelompok pertama yang akan dipenjara, didenda atau pun muka dicakar-cakar dengan kuku kerana tidak bertudung.


Dari dulu, Sisters in Islam ni memang banyak mengelirukan dan menyesakkan fikiran umat Islam.

Sudah tiba masanya kita menyokong PEMBUBARAN Sisters in Islam (SIS) dan Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG), pertubuhan yang dipertikaikan pertubuhannya!



Apa kata anda??



Related Posts with Thumbnails