Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Friday, June 26, 2009

MATI itu PASTI!

Akhirnya lagenda pop dunia, Michael Jackson meninggal dunia pada 26 June 2009. Begitulah takdir Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta sekalian makhluk. Hebat mana pun kita di dunia ini, kalau sudah sampai masa Allah nak panggil kita, akan pergi jua kita nanti. Sebab pada setiap manusia itu, MATI adalah PASTI!

Khabarnya Michael Jackson telah peluk Islam sejak 2007. Banyak yang kata itu spekulasi untuk tarik bantuan Pak Arab masa itu memandangkan keadaan kewangan beliau tenat. Allah jua yang Maha Mengetahui.


MJ dengan pak-pak arab


Michael Jackson sebelum ini sedang membuat persiapan untuk konsert comeback terhebat di London, pada Julai ini. Namun takdir Allah mengatasi segalanya kan?


Beliau yang pernah berkahwin 2 kali termasuk dengan Lisa-Marie Presley, cukup dikenali dengan lagu seperti Thriller, Beat It, Billy Jean, Bad, Heal The World dan Black or White. Beliau meninggalkan 3 anak..


Dan kalo tak silap, nama beliau selepas Islam ialah Mikaeel,nama malaikat yang memberi rezeki. Apa-apa pun, kita lihatlah kat mana kuburnya nanti. Wallahu'alam..Allah jua yang Maha Mengetahui :)


"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Sunday, June 21, 2009

Kubur Islam yang Haram??

Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar sebenar salah satu tanah perkuburan Islam yang ada di Singapura. Sekarang kat Malaysia pun dah semakin menjadi ikutan.









Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah SWT.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

WALLAHUA’LAM. .


Renung-renungkan!

Awards! Awards!

a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.



b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda:

Lina Mursyidah yang comey..

Kenal dia ni masa join PKPIM pusat,time tu kita sibuk wat apa ye lina? muktamar ke? hehe..akak pun dah lupa lah ;) sangat2 comel budak nya. lina ni suka makan juga macam aku ni haa (^_^) peramah, mudah nak bercerita dengan dia ni, suka tolong akak-akak dia :) dia budak yang aku rindu sangat nak jumpa..hehe. tima kasih lina bagi akak award ni. Miss u much much..xoxoxoxo..hehe T_T


c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri atau apa sahaja pasal diri anda:

- saya sudah berkahwin!
- orang kata kami suami isteri ni macam adik-beradik, muka seiras ada jodoh la tuh insyaAllah..amin :)
- sekarang i kerja fulltime dgn
Public Mutual sebagai unit trust consultant
- tengah tunggu konvo, 10-12 Oktober ni..ishhh,lmbat benor!
- pernah apply kpli & dpli haritu tapi tak dapat2..kena tunggu lagi.
- sangat gemar ber'blogging' skrg...ceh,ketinggalan zaman aku ni..hahaha;)
- skeg saya mempunyai 15 org adik beradik ( 5 adik-beradik kandung + 10 adik2 ipar)
- sangat suka beli kasut dan beg walaupun dah belambak kat umah tu :
- hanya nonton wayang dengan suami ku sahaja
- dan saya punya selera makan yg tinggi yg menyebabkan saya makin 'comel'..hehehe:)


d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda:
1- KadeQ
2- KhaLiLaH
3- Enon kadeq
4- Chepa kadeq
5- Kak Nadhirah

6- Afifah Amin



ni award anda:)



Sekian tima kaceh :)

Saturday, June 20, 2009

Jeans - daging fesyen masyarakat kita??

Seseorg bertanya kpd saya. Saya tahu, pertanyaannya itu hanyalah utk menguji saya. Menguji kefleksibelitian saya.

"Bolehkah perempuan pakai jeans?"

"Boleh..asalkan prinsip menutup aurat masih dijaga spt, longgar, tidak jarang dsb."

"Oh..sy ingatkan awak rigid. Sesetengah daie rigid akan hal ini."


Jeans.
Saya juga terperasan. Jeans sudah lama menjadi daging fesyen masyarakat Malaysia. Macam2 jenis jeans kita boleh jumpa. Cthnya: straight-cut jeans, skinny jeans, bell-bottom, flare-cut, boot-cut jeans, Jin Shamsuddin..ehh..silap kategori..ngeeee (T_T) ~
Anda ke mana2, silalah kira berapa ramai wanita memakai jeans, dan anda boleh bandingkan bilangannya dgn wanita yg mengenakan baju kurung.

Saya tidak kisah, pakailah mahu pakai apa...asalkan prinsip menjaga aurat masih dikekalkan.

Tp apa yg saya kesal, jeans rata2 ialah sejenis seluar yg ketat. Yang telah melanggar prinsip menjaga aurat.


Fakta ttg jeans:
-Dibuat drp denim asalnya dicipta utk kerja spt pekerja kapal dan kilang2
-Pemilik Levi's ialah "Levi Strauss, seorang yahudi Jerman"

Dan, saya menjumpai..Jeans yg ketat, tidak elok utk kesihatan, baik utk wanita mahupun lelaki. (Sebenarnya bukan jeans sahaja, apa2 sahaja pakaian yg ketat tidak elok utk kesihatan).


1) Menurut irishhealth.com, Levi Strauss & Co. telah diarahkan utk menilai kembali jenis jeans yg diperkenalkan krn didapati ia boleh menyebabkan masalah pd kulit dan sistem pernafasan.


2) Pd thn 1986, 1 kajian saintifik telah mengatakan bahawa memakai pakaian ketat boleh mengurangkan bilangan sperma bg lelaki (boleh menyebabkan kemandulan). Sumber health.ninemsn.com.


3) Searchwap mengatakan jeans yg terlalu ketat diketahui akan menyebabkan penyakit saraf pd wanita. Tambahan, ia boleh menyebabkan telefon bimbit anda hancur jika dimasukkan ke dalam poket jeans yg ketat.


4) Beberapa tahun lepas, Canadian Medical Association Journal menerima 1 surat mengenai kes penyakit saraf meningkat di kalangan wanita dan penyakit itu hampir sama dgn carpal tunnel syndrome akibat drp memakai seluar yg terlalu ketat. Doktor Canada telah memberi amaran bahawa seluar ketat akan menyebabkan tekanan kepada sensory nerve di bahagian tulang peha yang akan menyebabkan hilang deria rasa sentuh (paresthesia). -jeansinfo.

Berfesyen tidak salah. Tapi kesihatan perlu diutamakan.


Inilah hikmah kenapa dalam menutup aurat, pakaian mestilah longgar. Semua utk kebaikan diri sendiri. Hebatnya Pencipta manusia...!

Kan cantik kalo kita berbaju kurung? Ayu gitu..:)

(gambar sekadar hiasan)

p/s : TOP KILLER FASHION:-

HIGH HEELS AND WEDGES
TIGHT JEANS,
LEOTARDS AND THONGS
BINDING BUSTIERS, CORSETS ETC..


Renung-renungkan dan selamat beramal (^_^)!

**sumber daripada http://mifqiah.blogspot.com/ dan tambahan penulis sendiri.

Thursday, June 18, 2009

Untuk KadeQ: 'Baby' baru menantimu..!

Pon..pon..pon...:) sebenarnya lori ini tiada kena mengena pun dengan tajuk entri kali ni. Aku hanya nak tunjuk bahawa lori ini berwarna merah jambu @ pink..hehe.

Ok2..to kadek, balik lah cepat..kita dapat 'baby' baru ni :)

tengok ni, abg im siap posing lagi Dik :)!

konon mau pi kerja padahal action jak..plastik pun belum bukak lg tu..hehehe:)

Baiklah..aksi2 di atas ni bukan untuk tunjuk-menunjuk..cuma mau kasi aware adik aku, jihah, supaya balik cepat! lama betul tunggu CRV ni sampai..huhu. Btw, CRV customers dapat diskaun almost RM50,000 tau time promotion kereta ni kat KL..mana nak dapat offer banyak macam tu kan? Tu sebab la ayah ku sanggup beli dari nun jauh dari sana..:)

***************

Oya..tak lama lagi ada BAZARIA (bazaar + pasar ria) kat sekolah mak,27 Jun 2009 ni! Jadi, kepada kadeQ..silalah balik cepat. Sesungguhnya tenaga mu amat diperlukan nanti..HAHAHAHA:)! Kepada para pembaca, jemputlah hadir & sama2 memeriahkan karnival tersebut ya (yg duk jauh,kim salam kat makanan je la ye.hehehe)


ni sekadar gambar hiasan la :)


Dan, akhir2 ini kami berdua agak busy dgn kerjaya masing2..jadi,kami akan berehat blogging buat sementara waktu..:)



Tatatititutu~



Tuesday, June 16, 2009

SHOPPING! (Part 2)


Di atas permintaan ramai [chewaahhh..macam la ada.huhu(T_T) ], aku sambung shopping part 2 ni. Jadi, aku letak la kat sini gambar aku pergi membeli-belah bersama suami ku, mencari spek baru di One Borneo, last Sunday. Fuihh..punya la jauh nak cari spek padahal dekat KK pun berlambak bah..saja nak cari alasan ke sini agaknya..hehe. :)
Pusing punya pusing,akhirnya kami stop di satu kedai ni,sebelah dengan Pizza Hut. Apa entah nama kedai dia, lupa dah..(ishh..ishh..) Tauke kedai ni Chinese,tapi bagus. Pandai dia layan customer dia tau..beza betul dgn pekerja dia.huhu. Jadi,kami pun amik masa memilih spek untuk suami aku memandangkan speknya dah K.O. Maka,macam-macam posing la kami amik...cubalah tengok ni ;)

baru nak pilih spek ni.."excited sangat ye,bang?: hehe..:)


ni muka original..before try spek baru ;)

old-school-spec..ok x? haha..;)

yang ni Dockers' old-school-spec..nipis skit bingkainya dr tadi.tapi harganya mahal belum masuk harga cermin lagi.;(

aku :"ok ke tak ok ni bang?"
abang : "mmmm.....(senyum panjang)...hehe:)" "K.O lah tu", balasku.


aku camwhoring sorang2 time tauke tu check mata suami..:)


amacam? ok tak kalo aku pakai spek ni? ubah imej sikit..ANYONE??



AKHIRNYA..aku berjaya untuk tidak beli pape pun. Suami aku je yang buat spek baru,ganti yang lama tu. Lagipun,kena jimat-jimat ni. Ada duit lebih nnt,baru beli..haha:)




SkaliSkala: Nnt aku sambung lagi shopping part 3 ye..lupa nak upload kasut2 tu.(^_^)



Monday, June 15, 2009

REJAB, akhirnya kau datang juga!

Bulan Rejab dah dekat dah. Alhamdulilah,syukur pada Illahi kerana masih menghidupkan kita sehingga hari ini untuk merasai dan menikmati kelebihan2 yang ada dalam bulan Rejab yang mulia ini..

FADILAT BULAN REJAB.....:

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

WASSALLAM.

(petikan dari http://juariahhjyunus.fotopages.com/?entry=1602396)
Related Posts with Thumbnails