Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Sunday, May 31, 2009

Baby vs. Tidur

Kesian sangat-sangat tengok baby ni..nak tido punya pasal..:)


Friday, May 29, 2009

Laptop Baru!

Dah 2 3 minggu kami ni duk asyik survey laptop-laptop yang ada kat Karamunsing, CP and One-Borneo. Laptop lama masih berfungsi tapi aku pinjamkan pada adik aku,iLah,yg tgh sibuk ngan projek SPM dia. Aku pun nak guna tp nak cari yg kecik sikit..kalo ada yg ok la..:)
Hajat belum kesampaian lagi ni sebab aku tengah tunggu gaji aku masuk next week. yeppi..:) jadi,aku kena solat istikharah dulu sblm buat pilihan yg byk nih. (mcm nak kawin la plak..hahaha)..antaranya:
laptop VIAO yg mcm2 warna ni..
laptop ni senang bawa..masuk poket je pun boleh..
yang ni kena order dulu kalo nak..special edition la katakan..:)

tapi,aku berkenan yang si DIA nih:) hitam tapi menawan..


HP Presario CQ20-213TU - RM2,000++

Cuti sekolah ni aku nak survey lagi la..hahaha:)

Thursday, May 28, 2009

Kasut PUMA nama Allah!

Cuba kita perhatikan kasut PUMA di bawah ini. Hati-hati kerana perkataan ALLAH ada di kasut tersebut!!




Tanpa kita sedari, ada pelbagai cara orang kafir gunakan untuk menghina Islam secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Cuba perhatikan pula ayat-ayat di bawah ni!



dan yang iniItulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah….. Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga… tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.Hhmm…. sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran……sebenar ayat Bible.


Wallahu'alam..

Wednesday, May 27, 2009

Puitiskah aku?



Sahabat...

Persahabatan yang terjalin

Mempunyai pengertian terlalu suci

Jesteru usahlah

Dicemari sinaran kepalsuan

Sesungguhnya

Resepi untuk mengindahkan lagi persahabatan

Hiaskan dengan

Kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan hati

Sahabat..

Terima kasih kerana menghargai

Erti sebuah persahabatan suci

Menjaga hatiku penuh kejujuran

Dan keikhlasan hatimu

Doaku

Semoga antara kita akan menjadi

Insan bertakwa, beriman

Dan berilmu tinggi

Serta dapat melalui liku-liku kehidupan

Dengan kuntum senyum kebahagiaan

Harapanku agar perhubungan kita

Yang terjalin erat

Berkekalan dan tidak akan pudar

Buat selamanya…

Secret Recipe - my fav cake!

Bila sebut pasal Secret Recipe je, mesti korang terbayang-bayang akan kelazatan kek-kek yang ada di situ kan :)? Sape yang tak terliur bila melihat hidangan kek di Secret Recipe? Jom tengok antara kek-kek yang menjadi igauan malam-malam ku (kononnyalah..hehe:))


Blueberry Cheese..yummy!


Delicious Banana Chocolate


Amazing CheeZe Choc

My Sweet Sweet Choc Indulgence (my No.1)

Walnut Brownies (lagi sedap kalo tambah aiskrim!)

Haa..Mesti telan air liur tengok kek-kek ni kan:)? Amaran: Sila tutup mulut anda yang terngaga tu ye.hehehe..

Untuk yang berdiet, ada jugak kek-kek special untuk anda tapi kena cuba sendiri lah sebab aku tak penah makan lagi. ok =)!

Sedapnyaa..Esok nak pegi Secret Recipe lah!

Hingga ketemu lagi.
Tatatititutu~

Tuesday, May 26, 2009

RESIPI KEK BATIK

Bila bercerita bab makan-makan ni,kami berdua ni sangat-sangatlah suka! Pantang ada makanan je, kami makan. Cuma kalo bab makanan manis macam aiskrim ke,kek @ puding ke,coklat ke, suami aku memang memilih sikit la.Tapi aku ni,memang pelahap.Main bedal je apa-apa ada depan mata ni haa..Tu pasal la badan aku ni makin naik.hehe:)
Oh ya,bercakap pasal makan-makan ni,aku terbaca satu resipi kek batik daripada blog rakan siber aku, Cik Aidalina. Aku dan adik-beradikku sangat-sangatlah suka kek batik,jadi aku pun dah mencuba resipi ini. Dan aku gerenti memang sedap! Jadi, cubalah ye..:)
Bahan-bahannya ialah:
*Resipi ini adalah untuk 2 blok mentega (butter)
2 blok butter/mentega
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
10 biji telur
1 paket of milo (paling kecil)
1 tin susu manis
Setengah cawan serbuk koko
Setengah botol browning**
Pewarna coklat**
500 gm biskut marie
**Kalau bahan-bahan tersebut tiada pun takpe:)





Cara-caranya ialah:

1) Gaul sehingga semua bahan-bahan jadi sebati. Kemudian masukkan dalam kuali, macam ni!


2) Gaulkan dengan api yg sederhana perlahan. Api jangan kuat sangat,nanti hangus plak :)

3) Gaul/kacau lagi sehingga kelihatan berketul-ketul & campuran tidak melekat pada kuali.

4) Masa inilah paling sesuai untuk masukkan biskut marie supaya biskut tidak terlalu rangup atau terlalu lembik.
5) Setelah bahan campuran dan biskut menjadi sebati, masukkannya ke dalam bekas container atau dulang kek. Tekan sehingga adunan menjadi mampat di dalam bekas tersebut.
6) Biar dulu adunan tersebut di bawah kipas/udara selama 30-45minit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

.
.
.
.
.
.
.
.

Dan, akhirnya......TADAA.......:)





Sekarang dah boleh makan...nyum..nyumm..;)






Resipi kek batik ni boleh memuatkan 2 bekas container. SELAMAT MENCUBA (^_^)!


Sunday, May 24, 2009

Kerana sayangkan kamu,aku pun...

(Gambar sekadar hiasan)


"Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pengang. bukan takut jari-jemarinya patah,tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.


Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukanya cemburu orang lain tengok,bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila takut nanti dibakar dek api neraka, d isuatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta!


Saya suka sangat tengok body teman wanita saya solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telengkung supaya masa ‘dating' dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala syoknya!


Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, ‘Apa ubatnya, bang?’ saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.


Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok nanti awak sakit saya juga yang susah hati bla bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun. Aduuuuh..berdosanya saya!


Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasihsayang di akhirat, ber’dating’di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selama-lamanya.


Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin….."



(p/s: petikan ini hanya sekadar untuk renungan..
Semoga kita boleh ambil iktibar ya:)!



Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan ~

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,’Tuan Guru, sepanjang hidupsaya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?’

Sang Guru menjawab sederhana, ‘Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.’ Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

(Artikel dipetik daripada Abg. Arifuddin b. Asmuni..TQ=) )


posted by: JIHAN

Sayang kamu...:-)

Sebagai pembuka bicara blog kami ni, nah kami letak sekeping dua gambar yg menunjukkan kami ni dah berkahwin tau :) jangan ada yg tak pecaya pulak..hehehe.

majlis akad nikah (28/11/08)

Ya Allah rahmatilah cinta dan perkahwinan kami ini...Amin.
Related Posts with Thumbnails