
Thursday, October 8, 2009
Waktu Gempa di Padang SAMA dengan Ayat-ayat Quran!
Bismillahiraahmanirrahim...
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad..

Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt
Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berseling sehari setelah kejadian, beredar kabar—di antaranya lewat pesan singkat (SMS)—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.
“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat (SMS) yang beredar.
Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:
17:16 (QS. Al Israa’ ayat 16):
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17:58 (QS. Al Israa’ ayat 58):
“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8:52 (QS. Al Anfaal: 52):
"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.
sumber: eramuslim
RENUNGKAN BERSAMA DAN AMBIL IKTIBAR!
Tuesday, October 6, 2009
Oh Konvokesyen ku...~

Oh Konvokesyen...
Akhirnya engkau tiba jua
Lama benar aku menantinya
Bertemu rakan-rakan sekuliah
dahulu kala
Untuk bergambar dan bergumbira
Kita semua di UIA sana..:)
Sunday, October 4, 2009
Duhai cintaku yang jauh..~

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskan ku
Dan jangan kau lepaskanku darimu..
Ku takkan pernah tertawa..
Ku takkan pernah bahagia..
Ku takkan pernah merasakannya..
Bila kau tak di sini..
Ku takkan pernah tertawa..
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini..
RINDUNYA KAT ORANG TU :(!!!

SEMOGA MUDAH SEGALA URUSANMU DI SANA DENGAN IZIN ALLAH:)
BUAT YANG TERBAIK YE, BANG!
Wednesday, September 30, 2009
Resipi Potato Salad yang menyihatkan..
Bulan puasa baru ni, aku mengidam betul makan potato salad. Sampaikan aku berbuka puasa di Kenny Roger's semata-mata untuk makan potato salad! hahaha..kebetulan pula Kak Nadhirah buat entri pasal resipi potato salad ni di blog beliau. Jadi, aku pun merajinkan diri ini untuk buat sendiri potato salad ni, dibantu oleh my dearest husband la:) Kalau buat sendiri, lebih jimat dan boleh makan puas-puas..sampai 3 4 hari berturut-turut kami sekeluarga makan.hehehe:) Dan kali ni aku nak berkongsi resipi potato salad aku ni. .
Baiklah..bahan-bahan yang aku guna ialah:
Ubi kentang (potato)
Sosej - direbus dahulu
Sayur campur (mix vege)
Tomato ceri
Bawang merah - seulas pun cukup
Cili benggala (capsicum)
Daun bawang
Susu segar rendah lemak
Mayonis
Kismis
Daun salad - sebagai hiasan :)
**************
Cara-caranya mudah saja:
1- Rebus ubi kentang dalam air bersama sedikit garam sehingga lembut. Tapi jangan terlalu lembut, nanti jadi mashed potato pulak:) hehe.
2- Ini petua yang suami aku bagi..kalo nak rebus ubi kentang tu, rebus dengan kulit-kulitnya sekali ok. Of course la, cuci bersih2 dulu ubi kentang tu sebelum rebus. Selepas kentang direbus hingga lembut, toskan sebentar. Kemudian, barulah proses mengupas kulit kentang menjadi mudah:) tak perlu guna pisau,guna jari pun boleh..(mcm iklan syampu.hehe~)

3- Potong sosej yg direbus, bawang, tomato ceri, cili benggala dan daun bawang ikut suka hati korang..nak kiub-kiub pun boleh, nak mayang je pun boleh, cincang pun boleh juga:) oya,sayur campur tu tak payah la potong..ok.


4- Untuk resipi ini, aku campur tiga-tiga mayonis ni dengan sedikit susu segar. Sebatikan..kalo tak nak guna mayonis, boleh gantikan dengan yogurt juga. (ikut resipi Jamie Oliver, Naked Chef)
5- Campur semua bahan tadi bersama ubi kentang yang dah dipotong empat ke dalam sebatian mayonis. Gaul la, apa lagi;)?
6- Jangan lupa letak kismis masa gaul ni.
Tuesday, September 29, 2009
Resipi Tart Telur..~
Ingredients (crust);
-100g plain flour
-100g self raising flour
-80g butter
-20g veg oil
-sedikit air sejuk
-secubit garam
Aturannya;
1- Mix together tepung + butter + garam + oil
2- Masukkan air sejuk, mix lagi sehingga jadi doh
3- Wrap it with cling film and freeze about 10 min.
Ingredient (cream);
- 2 cwn fresh milk
- 120g gula pasir
- 3 biji telur
- 1/2 camca esen vanilla
- beberapa titik pewarna kuning
- 2 sudu besar lemon juice
- 1 sudu butter/marjerin
* 2 sudu besar corn starch (tepung jagung)
* 1 sudu besar plain floor
(*bancuhkan dgn sedikit air)
Aturannya;
1- Panaskan susu dgn api sederhana, biarkan sampai mendidih. tutup api. larutkan gula dgn susu panas
2- Kacau telur dan esen dlm mangkuk dan masukkan * bersama. Kacau rata. Satukan ke dlm aturan 1.
3- Panaskan semula sehingga pekat dgn api sederhana.
4- Tutup api dan lastly masukkan pewarna kuning dan lemon jus serta butter. Kacau biar sebati.
Penyediaan tart;
i- Keluarkan crust tart tadi. tabur flour dan uli semula. Bahagikan kepada 9/10 bahagian.
ii- Sapukan butter pada acuan muffin.
iii- Ambil bahagian tart tadi, buat bentuk leper. Tekan, masukkan dlm acuan muffin.
iv- Isikan dgn cream dan bakar pada suhu 180 C selama 25-30 minit.
SELAMAT MENCUBA ^_^!
-100g plain flour
-100g self raising flour
-80g butter
-20g veg oil
-sedikit air sejuk
-secubit garam
Aturannya;
1- Mix together tepung + butter + garam + oil
2- Masukkan air sejuk, mix lagi sehingga jadi doh
3- Wrap it with cling film and freeze about 10 min.
Ingredient (cream);
- 2 cwn fresh milk
- 120g gula pasir
- 3 biji telur
- 1/2 camca esen vanilla
- beberapa titik pewarna kuning
- 2 sudu besar lemon juice
- 1 sudu butter/marjerin
* 2 sudu besar corn starch (tepung jagung)
* 1 sudu besar plain floor
(*bancuhkan dgn sedikit air)
Aturannya;
1- Panaskan susu dgn api sederhana, biarkan sampai mendidih. tutup api. larutkan gula dgn susu panas
2- Kacau telur dan esen dlm mangkuk dan masukkan * bersama. Kacau rata. Satukan ke dlm aturan 1.
3- Panaskan semula sehingga pekat dgn api sederhana.
4- Tutup api dan lastly masukkan pewarna kuning dan lemon jus serta butter. Kacau biar sebati.
Penyediaan tart;
i- Keluarkan crust tart tadi. tabur flour dan uli semula. Bahagikan kepada 9/10 bahagian.
ii- Sapukan butter pada acuan muffin.
iii- Ambil bahagian tart tadi, buat bentuk leper. Tekan, masukkan dlm acuan muffin.
iv- Isikan dgn cream dan bakar pada suhu 180 C selama 25-30 minit.
SELAMAT MENCUBA ^_^!
SEPI dan Usaha mendapatkan zuriat..

Tadi, aku tonton cerita Sepi di TV3, kebetulan aku tonton sorang2 sebab suamiku duk kat maktab lagi.. Tinggal aku kesepian layan cerita Sepi ni..ecehh..hihi..Walaupun separuh jalan cerita je aku tengok, aku masih ingat lagi filem ni sebab dah banyak kali aku tonton..Tak bosan, jadi aku tengok la banyak kali..hihi:) Banyak pengajaran yang baik diterap dalam filem ni.
Contoh: si Imaan yang merasa sepi selepas teman lelakinya meninggal dunia hingga menjauhkan diri dari orang lain. Hmm, hati kita takkan sunyi dan sepi selagi kita redha pada segala ketentuanNya kan? Sebab Allah itu tidak pernah lupa atau tidur walau sedetik pun.. Dan hati yang sentiasa mengingatiNya, akan berasa tenang :) ini pendapat aku la..hihi.. Dalam anyak-banyak part filem ni, aku paling ingat la part si Sean Ruffegde duk belajar puisi ni..:
Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku syurgaku
Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku...
-SEPI

Di samping tu, aku nak berkongsi ilmu yang aku dapat dari blog ni dalam mendapatkan zuriat. Ya, kita kena berusaha dan berikhtiar jugak kan? Mana boleh hanya duduk menunggu macam tu je. Kena ada ilmu, usaha, ikhtiar dan doa..baru la datangnya tawakal lillahi ta'ala!
Zuriat atau anak adalah anugerah Allah dan rezeki untuk memperolehi anak juga dalam ketentuannya. Sebagai Muslim jangan lupa yang pertama mestilah memohon kepadaNya dahulu sebelum berikhtiar dan bertawakal.
Suami dan isteri kena buat amalan berikut setiap malam:
i - Solat taubat 2 rakaat
ii- Solat hajat 2 rakaat- niat untuk dapat zuriat
Baca ayat :
"Rabbi habli milladunka zurriyyatan toyyibatan Innaka sami' uddua" - ayat 38: Surah Al-Imran
(Doa Nabi Zakaria)
Wiridkan ayat ini 40 kali lepas tu doa minta pada Allah dalam bahasa masing-masing.
Amalkan dengan penuh Yakin... sangat mustajab...insyaAllah.
Moga-moga dapat membantu ya:)!
Sunday, September 27, 2009
Le Tour de Terengganu..
hmm..entri kali ni aku letak gambar banyak sikit, aktiviti jalan-jalan kat Terengganu.:) cuma tak banyak tempat aku pergi la sebab masa tak mencukupi..huhu~
tengah tunggu kapal terbang ke Terengganu..delayed pula setengah jam. semua penumpang buka puasa kat sini je time ni, kami makan nasi tapau Marrybrown..ala,dutanya si Mawi tu.
balik kampung..ooooo..ooooo....balik kampung....^_^
berkelah di Air Terjun Sekayu, Terengganu...oya, sambal ikan bilis tu aku yang buat dan sambal udang tu suami aku pula yang masak. dua-dua teror masak okeh:)
.
tengah tunggu kapal terbang ke Terengganu..delayed pula setengah jam. semua penumpang buka puasa kat sini je time ni, kami makan nasi tapau Marrybrown..ala,dutanya si Mawi tu.
balik kampung..ooooo..ooooo....balik kampung....^_^
berkelah di Air Terjun Sekayu, Terengganu...oya, sambal ikan bilis tu aku yang buat dan sambal udang tu suami aku pula yang masak. dua-dua teror masak okeh:)
Subscribe to:
Posts (Atom)






















