Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Monday, June 15, 2009

Tahniah! Tahniah!

Sedang kusyuk membaca blog Kak Sham @ http://shamsiahauntieam.blogspot.com, aku akhirnya dapat juga melihat abg. helmi dan kak syidah (PKPIM) berkahwin dengan pasangan masing2 walaupun hanya dari 2 keping gambar ini :) baru rasa puas hati ku.
Mohd Helmi Salahuddin & Nur Aini Ahmad

Anas Jaafar & Mohana Hasnorsyidah Md Darus
Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya pada Allah S.W.T di atas ni'mat Iman dan Islam. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, sahabat dan para keluarga baginda.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Surah al-Ruum 30 : 21)
Tahniah buat saudara Helmi dan Aini, Anas dan Syidah yang telah diijabkabulkan pada 30 Mei 2009. Kami doakan semoga kalian sentiasa di dalam rahmat dan ketenangan!

Friday, June 12, 2009

My Amazing Mak & Ayah!

SELAMAT HARI LAHIR BONDA TERCINTA ke-52 pada 13hb Jun 2009!


Mom,
I look at you
and see a walking miracle.
Your unfailing love without limit,
your ability to soothe my every hurt,
the way you are on duty, unselfishly,
every hour, every day,
makes me so grateful
that I am yours, and you are mine.
With open arms and open heart,
with enduring patience and inner strength,
you gave so much for me,
sometimes at your expense.
You are my teacher,
my comforter, my encourager,
appreciating all, forgiving all.
Sometimes I took you for granted, Mom,
but I don’t now, and I never will again.
I know that everything I am today
relates to you and your loving care.
I gaze in wonder
as I watch you being you
my miracle, my mother.



SELAMAT HARI BAPA in-advance (21hb Jun), AYAH!


Happy father's day to the best dad I know,
A father I love and respect,
A dad who fulfills all his duties
To teach, to guide, to protect.
If everyone had such a father,
A really good dad like mine,
The world would be so much better,
It would look like God’s own design.



I LOVE BOTH OF YOU DUNIA AKHIRAT!






Wednesday, June 10, 2009

SHOPPING! (Part 1)

Last week,7th of May, i received my 2nd paycheck - the commission paid from the job that i currently involved in ;)..So, when i got the money,apa lagi...shopping time la! hehehe..:) I gave RM500.00++ (which is about 10% of my income) to my mom, and belanja her and my beloved adik2 during our shopping hour...so, skrg you can guess la brapa i terima my komisen kan:)? Then, i promised myself that 50% out of it, i'll keep in Tabung Haji for my future undertakings..:)


tgk duit ni..masih boleh terhidu ke'wangian'nya..hahaha..

ni gambar skema adik aku dan mak aku..hehe;)

meet my lil sis

ilah: "Kak ann,tgk sini..!"

aku survey jak kasut2 ni tak beli pon..kesian salesgirl kena layan aku..dah keja kau kan.haha;)

nak tunjuk betapa happy nya adik2 aku ni esp. syafiq kat belakang tu

masam nye muka mak..:

aik,sini senyum lebar plak..:)

apa la yg mak pikir tu..(T_T)

"nak beli tuk abg jugak la.."

sukanya mak aku malam tu..sebab dia x kuar duit pun shopping malam tu..:) doakan Ann ye mak, moga-moga Allah murahkan rezeki kita anak-beranak lagi..amin! boleh Ann bagi lebih lagi akan datang..insyaAllah (^_^)

##############
haaa..ni muka aku suka @ teruja bila dapat komisen tu sampai menampakkan gigi ku yg senget itu...ngeee :D...Terima Kasih Mak, Ayah & Abang Sayang :)! I LOVE YOU!






iLhaM : nanti aku upload 3 pasang kasut & 2 pasang baju yg aku beli ok:)!

Monday, June 8, 2009

Nikah & Kahwin Jirah dan Lila :)

6 & 7 Jun 2009:

CONGRATULATIONS! TAHNIAH buat rakan-rakan baikku Jirah (classmate aku di SMPL) dan Lila (anak tauke restoran Sinar Mustika) serta sahabat handai yang telah atau akan diijab-kabulkan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, dunia akhirat :) Jadilah isteri yang solehah kerana syurga korang terletak di bawah redho suami..Ingat tu ye! ;)




Nadzeerah binti Ibrahim a.k.a Jirah (bekas ketua kelas 5 Berlian dulu..hehehe)


amik seri orang nak kawin..hahaha:) apa yg kamu ketawa2 sana ar?

tok kadi kat luar tgh baca khutbah, kami pulak tgh 'camwhoring' kat dalam bilik..lucunya..bukannya mau dgr khutbah tu;)

buat posing maut plak tuh...(^_^)

nah ini dia..my classmate and BFF dari form 1..Wanie & Rina!
kami tgh buat pose maut kat dlm bilik,padahal pengantin berpeluh2 dengar khutbah tok kadi yg panjang tu kat luar ni..tak pecaya ka:)? nasib baik bilik ada air-con..haha..sejukkkkk..
sepatutnya pengantin amik gmbar dgn kwn2,tapi tiba2 je mak ayah mentua Jirah pun join skali..takpa la pacik macik,the more the merrier kan:)? hehehe..
Faiz & Jira..Pengantin Baru!

shuhh..shuhh..tepi yg lain..turn mama HOT plak amik gambar ngan Jirah..hehe.

ok,dah abis cerita ko ya Jirah:)

*******************************************************************************

sekarang cerita Lila..untuk Kak Nadh, bawah ni ada sekeping jak gambar pelamin Lila yg jihan sempat amik. Harap dpt membantu la ya..hehe.;)


happy couple..Hairi & Lila (^_^)

aku pun nak amik seri pengantin baru ni..hehehe.


malam akad nikah Lila & Hairi

soooo gorgeous pelamin akad nikah Lila ni kan:)?! jeles2..nasib baik aku dah kawin..hehe.


SekaliSekala: aku x banyak gambar kawin lila, sikit jak,sori ya..:)

Sunday, June 7, 2009

HomeMade Anggur & Kiwi Fresh Cream Trifle!

Kali ini aku nak berkongsi resipi manisan yang aku peroleh ilhamnya dari http://nanirostam.blogspot.com/. Nama resipi ini ialah Strawberry Fresh Cream Trifle. Ia mudah dibuat, manis dan sedapppp...:) jadi, sempena nak menyambut kepulangan suamiku yg balik dari kursus perguruan Jumaat lalu, aku pun mencubalah dessert ini. Tapi aku gantikan strawberry kepada kiwi dan anggur sebab strawberry kat KK ni sangat2 lah mahal dan payah nak cari :)..so let's check this out..







Baiklah,cara-caranya ialah...:

Lapisan bawah sekali:
Susunkan kek sponge yang dipotong kiub memenuhi lapisan dasar di dalam mangkuk kaca kaserol. Sapukan di atas kek tersebut lapisan jem strawberry secukupnya. (Jem buah yang asli atau berkualiti).

Lapisan 2:
Didihkan 1 tin susu cair ideal, 1 tin air, ½ tin gula pasir atau manis mengikut kesukaan. Apabila mengelegak masukkan 2 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan ½ cawan air. Kacau tanpa henti dan tutup api. Sejukkan dan tuang setengah daripadanya ke atas lapisan kek yang telah di sapu jem. Simpan yang setengah lagi untuk lapisan seterusnya.

Lapisan 3:
Putar 250gm fresh cream hingga kembang (fresh cream boleh didapati di kedai menjual barangan membuat kek. Sapukan separuh daripada krim yang diputar tadi di atas lapisan kastard tadi. Simpan separuh lagi untuk lapisan seterusnya.Tabur di atasnya hirisan buah-buah stawberi. (Kalau suka boleh tambah buah-buah lain seperti anggur, kiwi atau pic)

Lapisan 4:
Sapukan baki lapisan kastard yang separuh tadi.

Lapisan 5: (Lapisan Paling Atas)
Sapukan baki lapisan fresh cream yang separuh tadi. Dan taburkan hirisan buah strawberi atau kiwi atau buah anggur. (Sejukkan di dalam peti ais semalaman sebelum dihidang)
Aku dah cuba resipi ni sendiri..tapi aku tak guna kek sponge,aku hanya guna kek gulung yg available kat mana-mana kedai roti..hehehe..kalau tak percaya..scroll bawah ni....ni version aku buat sendiri..:)

Langkah pertama,susun kek mcm ni.sapu jem atas kek.
..then, langkah kedua letak kastard masak & disejukkan di atas lapisan pertama ni ok.

ni langkah ketiga..sila baca langkah2 di atas

ni langkah keempat..sepatutnya,tuang je kastard ni tapi oleh kerana tak cukup, maka aku pun berhati-hati la dlm membahagikan kastard ni untuk 2 portion supaya cukup..hehe. dan akhir sekali....

*
*
*
*
*

TADAaa..inilah DIA - Anggur & Kiwi Fresh Cream Trifle - yang aku berjaya hasilkan buat kali pertama..dan yang penting suami aku suka..hehehe:)


BEST! penulis bersama hasilnya..

Tak salah kalo buat sekali-sekala walaupun kita tengah diet..mesti ahli keluarga atau adik-adik atau suami/isteri kita suka kan? dah dapat pahala tau kalo si suami suka.hehe..Dan kalau ada jamuan pun,kita boleh la hidang pada para tetamu.


SELAMAT MENCUBA..:) !!!




Saturday, June 6, 2009

Cantik Menarik Kau Mmg Da BOOM!

Saja nak berkongsi gambar kat bawah ni. Menarik pulak bila tiba-tiba terlihat gambar ni time surfing internet..:)

Wednesday, June 3, 2009

Suami Soleh + Isteri Solehah..

Kebanyakan kita mempunyai gambaran asas bahawa Isteri Solehah kebanyakannya mempunyai karekter seperti dibawah:

1. Rajin baca Al Quran (kalau selalu khatam lagi bagus)
2. Tudung labuh(kalau purdah lagi mantop)
3. lemah lembut tutur kata
4. comei @cantik (tak percaya cuba tanya kaum Adam)
5. Solat berjemaah
6. Ilmu agama tinggi(ustazah lagi baguih)
7. Pakai Jubah
8. Selalu join aktiviti keagamaan
9. Halus budi pekerti
10.Pendek kata macam-macam kebaikanlah

Pada saya setelah membuat pemerhatian , isteri solehah sebenarnya mempunyai makna yang lebih REALITI iaitu:

1. Pandai baca Al Quran memang bagus.tetapi pandai mengurus rumah tangga lagi bagus.sebab apabila mempunyai anak kadangkala masa tu penuh dan kena pandai berasimilasi contohnya bacalah al Quran secara perlahan-lahan semasa menidurkan anak.

2. Tudung labuh sebenarnya bukan criteria wajib bagi wanita solehah.hati yang ditudung dengan iman yang sepatutnya.yang wajib ialah tudung yang menutup aurat (yang menutup dada ok).

3. Ya dengan suami dan anak-anak dan keluarga terdekat perlu berlemah lembut, sedikit tegas kepada non mahram.

4. Comei @cantik?Ini semuanya satu penipuan syaitan dan media, sebab kalau yang dipaparkan dalam media islam atau video klip nasyid semuanya muslimah yang cun dan lawa sahaja…sampai orang warak dan pendakwah pun terpengaruh .hakikatnya tidak begitu.

5. Ya, solat berjemaah dengan suami dan anak-anak.hakikatnya kalau dua-dua bekerja dan terpaksa bergilir-gilir menjaga anak yang masih kecil (1-2 tahun) mungkin jarang dapat peluang berjamaah bersama.

6. Ya, ilmu agama yang tinggi itu bonus…tetapi kepandaian dan pengalaman dalam mengurus kehidupan itu yang lebih baik. Biarlah kurang sedikit ilmu agama asalkan kehidupan terurus, anak terbela, rumah sentiasa kemas.

7. Jubah itu satu ciri menutup aurat. Jika memakai pakaian lain yang memenuhi skima menutup aurat juga boleh dikategorikan isteri solehah.sebab dia paham maksud menutup aurat tu.itu yang penting.

8. Masih boleh join aktiviti, namun sekali sekala sebab tuntutan bekeluarga tu lebih mencuri masa. Apa pun dengan kecangihan teknolgi media, masih boleh medengar kuliah di TV atau radio atau internet secara berjemaah bersama suami dan anak-anak.

9. Halus budi pekerti ,pendiam ya ini satu karekter yang pasti perlu di transferkan kepada anak –anak.tapi karekter pendiam tak semestinya halus budi pekerti...

10. kesimpulannya manusia tak sempurna. Isteri yang solehah yang sebenar dan sepatutnya ialah yang pandai menguruskan dirinya,agamanya dan keluarga secara bersama, itu sahaja.

Ini pula maksud tipikal tentang Suami Soleh:

1. AL hafiz
2. Pendakwah.
3. Rajin pakai kopiah(berserban lagi baik)
4. Rajin solat berjemaah
5. Ada janggut
6. Pakai baju raihan
6. Bekas student U (kalau course agama lain bagus)
7. Bahasakan diri ana anta
8. Involve aktiviti keagamaan
9. dan banyak lagi persepsi tipikal yang lain

Tapi hakikatanya:

1. Al hafiz- Alhafiz pun hantar anak pergi sekolah belajar Al Quran, hakikatnya di zaman ni sukar sebab dengan suami dan isteri yang bekerja.

2. Tak semestinya suami soleh itu pendakwah, tetapi suami yang soleh ialah suami yang pandai menyebarkan kebaikan didalam keluarganya.

3. Serban dan kopiah bukanlah criteria suami soleh, ini hakikat.

4. Solat berjemaah adalah di tuntut, tetapi kefahaman yang diperolehi dalam solat berjemaah itu tadi mistilah dinikmati keluarganya.

5. Janggut adalah sunnah tapi bukan criteria suami soleh hakikat nya kumpulan rock jerman “scorpion” pun ada janggut.

6. Suami yang pakai jeans dengan T-shirt pun ramai yang soleh, jangan ukur pakaian sahaja.

7. Tahap pendidikan mempengaruhi tahap IQ dan kebijaksanaan tetapi tahap kematangan EQ adalah lebih penting, so jangan pandang rendah orang kerja kampong.

8. Ana-Anta-Anti, itu hanya istilah bahasa arab, dan bukan citeria suami soleh.

9. Ya, involve dalam aktiviti keagamaan itu sangat baik, tetapi sebagai suami soleh ianya perlu memastikan keluarganya tidak terabai ,anak-anak dan isteri mendapat cukup perhatian dan nafkah..kalau tidak dia bukan suami soleh.


Kesimpulannya: Suami soleh ialah suami yang secara praktikalnya membina keluarga secara Islam yang sebenar dengan konsisten. Itu sahaja.


Sekian. Terima kasih.hehe..:)

Related Posts with Thumbnails