Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Thursday, October 15, 2009

25th IIUM CONVOCATION


11.10.09 (Ahad)

Secara rasminya aku mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) setelah hampir setahun menantinya.


Alhamdulillah..syukur pada Allah di atas segala kekuatan dan peluang yang diberikan pada diri ini sepanjang 5 tahun berada di bawah bumbung UIAM ni. Pejam celik pejam celik dah konvo pun.


Ucapan jutaan TERIMA KASIH yang tak terhingga buat Patimah Ali (mak) & Sapawi Hj.Ahmad (ayah) yang sentiasa menyokong anakmu ini untuk terus menimba ilmu hingga ke peringkat tertinggi. Terima kasih mak, ayah, atas segala nasihatmu, pengorbananmu serta kasih sayangmu yang diberikan dari mula Ann menjejak kaki di UIA ni. Semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki pada Mak & Ayah! Hanya Allah sahaja yang tahu betapa besarnya pengorbanan Mak & Ayah!
`
Jutaan TERIMA KASIH juga buat suamiku yang sentiasa menjadi bahu untukku bersandar dan sentiasa memberi sokongan yang tak terhingga tatkala aku hampir berputus asa. Betapa bertuah dan beruntungnya diri ini menjadi milikmu! I LOVE YOU SO MUCH, Muhammad Ibrahim Mohd Nasir! Terima kasih ku tujukan jua buat pengkritik dan penyokong setiaku, Abg.Wan, KadeK, iLah dan SyafiQ.
.
Buat Wanie, Fiza, Mardiah, Ainna dan Sofie...kalian terlalu berharga buat diri ini. Terlalu banyak kenangan pahit manis, suka duka, ketawa dan air mata kita kongsi bersama. Terima kasih kerna banyak membantu diri ini untuk bangkit semula selepas 'kejatuhan' dulu itu. Aku pasti akan merindui kalian! Entah bila kita boleh berkumpul lagi macam dulu-dulu kan? Moga persahabatan kita kekal hingga ke syurga. insyaAllah!
.
Dan buat teman-teman sekuliah, sepersatuan, sekelab dan seperjuangan yang ku kenali, terima kasih kerana mewarnai dan menyerikan diari hidupku. Mohon maaf andai ada tersalah kata, tersilap bicara. Aku doakan yang terbaik buat kita semua, dunia dan akhirat. Amin~

mak kepenatan dan tak berapa sihat time ni..rehat dulu la.

ayah dan kadek..duduk kejap kat Babush (kedai pak Arab) sebelum solat Zohor


matahari yang terik menyebabkan semua mata jd sepet bila amik gambar..hehe.




on the way to the main hall..


mamarazzi suka betul amik gambar aku..haha;)


Terima kasih mak ayah, abang dan kadek..


with my only sibling yg dapat datang pi konvo..takpa la.asal ada.hihi;)

with my dearest husband..abang tgk mana tu haa;)?


with my mom..kasih sayang dan pengorbananmu tiada ganti!

suasana sebelum masuk dewan..bising oo mcm tak jumpa 10 tahun..hihi;)


dalam dewan dah ni..amik gambar senyap2 sbb tak boleh bawa kamera. so guna handphone je;)


Finally..Tahniah buat diri aku sendiri:)!


4 comments:

hasni said...

thniah kak jihan

Nadhirah said...

kongratuLasi. mana gmbr kek? hihi

Siti Sa'adah said...

tahniah...best nyer convo husband dtg!he3

~Ummi Syaakirah ~ said...

hasni - tima kasih.

kak nad - tQ..ada2,nanti jihan upload.ada buat entri lagi.hehe.tp internet lembap gila ni. tggu jak ya.

sa'adah - iyee..best oo.ngeh3:)apa tggu lagi ka odah:)? nanti awak pun konvo lg kan?

Related Posts with Thumbnails