Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Wednesday, July 29, 2009

Balasan Cinta Si Isteri..



Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam.

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:
“Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya,maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunandaripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah bagi isteri terletak pada keredhaan suaminya.

Justeru, apabilasuami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormatdan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak,ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya keranakelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada ketaatan, akhlak dan budi pekerti isteri.

Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika sangat taat, cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga dan akan sangat disayangi oleh suaminya.

Oleh itu wahai isteri,hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah,yang bertakwa, berakhlak mulia dan tetap taat kepada suaminya.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud:
“Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya,iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalamkerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suaminya.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.”


**artikel diperoleh daripada jejariaccess.com.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails