Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Tuesday, September 1, 2009

Tarian Poco-poco = Haram?

Ya, saya tahu ramai yang suka dengan tarian @ senaman poco-poco ni. Sape suka angkat kaki! hahaha...tengok macik ni, kusyuk benor dia menari kan:)? Sama la dengan kakak-kakak, abang-abang, macik pacik, datuk nenek yang sangat suka aktiviti poco-poco ni. Malah, sekarang ni pun, kalo kita pegi kenduri kawin, rata-ratanya mesti ada satu slot poco-poco kan? Betul tak?
.

Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju.

Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.

Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.

Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdanya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.
.

.:: Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco ::.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika menghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang
perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.


Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya langsung tak pernah menari poco-poco, sebab saya langsung tak tahu macam mana pun poco-poco ni. Tup tup je dah famous kat Malaysia ni.

Tapi lepas saya baca artikel ni, saya rasa lepas-lepas ni, saya memang la takkan menari poco-poco lagi. Korang bagaimana???

TetibaSaja:
Dari dulu lagi saya terfikir benda ni, kenapa poco-poco menari macam tu? Kenapa ke kiri pastu ke kanan, ke depan pastu ke belakang...? Kalo nak kata berpeluh, macam takde la sangat pon. Dan biasanya, kita2 ni buat untuk suka-suka kan? (betul..betul..betul..ajuk ipin..hihi)
.
Ada orang kata tarian ni dari Indonesia, tapi kenapa sorang komentar dari negara tersebut menyangka tarian tersebut datangnya dari Malaysia? Aih..confuse plak? Katanya tarian ini popular kat negara dia tapi asalnya bukan dari Indonesia. hmm...boleh la kita fikir-fikirkan.
.
Sekadar berkongsi info dengan anda yang tak tahu dan yang tahu, tapi tak buat apa2 pun.. Nabi s.a.w berpesan mafhumnya, “Sampaikanlah ilmu walau sebaris ayat.”
.
Wallahu'alam..(^_^)
.
**sumber diperolehi daripada PakarHowto.com

Friday, August 28, 2009

Kepada kamu yang suka epal..Bacalah!

Be Careful when eating apples

Please don't eat the skin of the apple because it's coated with wax.


WAX is being used for preservation purposes and cold storage.

You might be surprised especially apples from USA and other parts are more than one year old, though it would look fresh. preventing bacteria to enter. So it does not get dry.

Please Eat Apples after removing the wax as demonstrated below. Please follow this and let know others......




0-->> waa..semua epal ke macam ni? Berapa banyak wax la yang dah ada kat dalam perut aku nih :'?

**sumber diperoleh daripada BJUE.

Thursday, August 27, 2009

Cinta Sempurna..


Drama Cinta Sempurna ni baru ke udara di Astro Oasis 106, sejak minggu lepas lagi. Saya baru je berjinak-jinak menonton drama setengah jam ni. Baru 3 4 episod saya tonton. Saja nak mengisi masa rehat lepas balik dari solat terawih. :)

Macam best drama ni..walaupun dari segi pakaian pelakon utama drama ni agak seksi (mengecewakan) namun drama ni ada unsur-unsur dakwah. Apatah lagi, idea asalnya daripada Abu Saif sendiri (korang kenal tak sape dia ni?) yang mendorong saya untuk duduk & tunggu & tonton drama ni. Lagipun, drama tersebut ada sedikit sebanyak kait-rapat dengan pengalaman Abu Saif. Jadi, tak rugi pun kalo tengok. Kejap je, dalam 30minit. Pastu, korang boleh la sambung tadarus Quran korang okeh :)..
.
Bersiaran pada jam 3 petang Isnin hingga Jumaat, siarannya diulang tayang pada pukul 10 malam, 4:30 pagi dan terkini nampaknya juga pada jam 5:20 pagi di Astro Oasis 106. Biar pun di episod awal Cinta Sempurna ni sedikit perlahan dan longgar untuk sebuah drama 30 minit, perjalanan Cinta Sempurna terus meningkat dan menghangatkan penonton setakat ni.
.
Memetik kata-kata Abu Saif: "Sesungguhnya saya berasa amat terkejut apabila dimaklumkan oleh Ustaz Zabidi Mohamed selaku penulis skrip, bahawa siaran Episod 1 Cinta Sempurna bagi siaran jam 10 malam 17 Ogos 2009 yang lalu telah ditonton oleh 109,000 orang penonton! Jumlah yang jauh mengatasi catatan tertinggi teledrama Dua Marhalah sebanyak 38,000 penonton." (Saifulislam.Com). Okeh2, kalau korang masih tak percaya, silalah menziarahi website orang-orang pening @ tulang belakang drama ni:

Banyak juga kritikan-kritikan @ komen-komen dilontarkan kepada mereka. Biasalah tu, kita ni manusia. Kita takkan dapat memberi kepuasan kepada setiap orang..buatlah baik macam mana pun akan diberi komen jugak kan. Apa-apa pun jalan cerita tambahan, percintaan bersegi-segi yang bakal mencabar watak-watak ini, adalah penambahan di dalam skrip untuk mengukuhkan lagi cara idea Religious Skepticism ini ditampilkan. Jadi sama-samalah kita tunggu dan tonton hingga akhir episod drama Cinta Sempurna ini. Hah, kalo nak komen, tunggu la sampai abih drama ni ok:)



**Sekadar berkongsi info.


Salam Ramadhan al-Mubarak.

Tuesday, August 25, 2009

Seksanya bila sudah jadi begini..Nauzubillah!

(Maaf. Gambar-gambar di bawah ini sedikit menakutkan..jangan skrol ke bawah jika anda tidak sanggup melihatnya. TQ!)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Gambar di bawah ini dulu digembar gemburkan tentang siksa kubur bagi org islam.... tapi sebenarnya gambar ini adalah seorang yang murtad dan dahsyat seksaan bagi org yang berpaling dari ajaran islam..(namun, ada cerita mengatakan mayat ini ialah seorang budak lelaki yang derhaka pada perintah Allah & ibu bapanya..wallahu'alam. Sama-samalah kita ambil iktibar.)





(sila klik pada gambar ini untuk lihat lebih jelas)
'
Dan Takutlah Pada Allah Kerna Siksaannya pada segala larangannya dan sayangilah Allah kerana Rahmatnya... dan satu lagi bukti kasih sayang Allah agar manusia tidak ke neraka dan hanya diberi peringatan sahaja... sesuai dengan firmannya:

"Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!" (surah ar-rahman ayat 31)

"dan Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?" (surah ar-rahman ayat 60)

Seluruh kerabat dan teman-temannya begitu terkejut saat mereka melihat kondisi mayat. Mayat tersebut begitu berbeza hanya dalam masa 3 jam. He turned grey as the very old man, dia berubah tampak keabu-abuan seperti orang yang sudah tua.

Dengan tampak jelas bekas siksaan dan pukulan yang amat keras, dan dengan tulang-tulang kaki dan tangan yang hancur begitu juga hujung-hujungnya sehingga menekan kebadannya. Seluruh badan dan mukanya memar.

Matanya yang terbuka memerlihatkan ketakutan, kesakitan dan keputus-asaan. Darah yang begitu jelas menandakan bahwa pemuda tersebut sedang mendapatkan siksaan yang amat berat. Sebagai penutup dari orang yang meninggal tersebut semuanya ditujukan kepada Ilmu pengetahuan tentang Islam yang mana tidak dapat dipungkiri lagi keterangannya bahwa siksa kubur itu benar adanya seperti yang diperingatkan oleh ALLAH SWT dan Nabi Muhammad S.A.W.





Kebenaran Siksa Kubur dan Beragam Siksa bagi Orang-orang Kafir.

Allah Ta'ala berfirman,
"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit." (Thaahaa: 124)

Menurut Abu Sa'id al-Khudri dan Abdullah bin Mas'ud, yang dimaksud dengan penghidupan yang sempit ialah siksa kubur.

"Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab selain daripada itu." (Ath-huur: 47)

Ada ulama yang berpendapat bahwa yang dimaksud dengan kalimat ada azab selain daripada itu dalam firman Allah itu, adalah azab kubur, karena Allah menyebut ayat itu sesudah ayat,

"Maka, biarkanlah mereka hingga mereka menemui hari (yang dijanjikan kepada) mereka yang pada hari itu mereka dibinasakan." (ath-Thuur: 45)



Yaitu, hari terakhir dalam kehidupan dunia. Hal itu menunjukkan azab yang mereka alami pada hari itu adalah azab kubur.



Demikian pula dengan firman Allah,


"Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui" (ai-Anfaal: 34)



Karena, ia adalah perkara yang gaib alias kasat mata. Atau firman Allah:


"Fir'aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang." (al-Mu'min: 45-46)



Yang dimaksud juga azab kubur di alam barzakh. Mengomentari firman Allah:


"Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui" (at-Takatsur: 3-4)



Ibnu Abbas mengatakan bahwa yang dimaksud ialah kamu akan mengetahui azab yang akan ditimpakan kepadamu di kubur, dan azab yang akan menimpamu di akhirat. Jadi, pengulangan itu menunjukkan dua keadaan.



Diriwayatkan oleh Zar bin Habisy dari Ali bahwa ia berkata:


"Semula kami meragukan azab kubur, hingga turunlah firman Allah,'Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.' (at-Takatsur: 1-3)



Yakni mengetahui siksa di kubur. Dalam hadits hasan riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah berkata, "Kubur orang kafir itu disempitkan oleh malaikat sehingga membuat tulang-tulang remuk. Dan, itu merupakan kehidupan yang sempit."



Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda,


"Kalian tahu, untuk siapa ayat" maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta" ini diturunkan? Dan kalian tahu, apa yang dimaksudkan dengan penghidupan yang sempit itu?"



Para sahabat menjawab, "Allah dan Rasul-Nya yang tahu."



Beliau bersabda, "Itu adalah siksa orang kafir di dalam kubur. Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya akan dikuasakan kepadanya sembilan puluh sembilan naga. Setiap ekor naga menjilat, melilit, dan menggigit tubuhnya hingga hari kiamat nanti, lalu ia akan digiring ke tempatnya dalam keadaan buta."



Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Abu Sa'id al-Khudri bahwa ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, 'Akan dikuasakan kepada orang kafir dalam kuburnya sembilan puluh sembilan ekor naga yangakan menggigitnya sampai tiba hari kiamat. Sendainya seekorsaja dari naga itu menjilat sebidang tanah, maka tanah itu akan mati (tidak dapat menumbuhkan tanaman)."



Disebutkan dalam sebuah hadits mauquf Abdullah bin Amr ibnul-Ash,


"Setelah menyuruh malaikat menyempitkan kubur orang kafir, Allah lalu mengirim padanya beberapa ekor ular naga yang kemudiann memakan dagingnya hingga tinggal tulang-tulangnya belaka. Lalu, Allah menyuruh malaikat yang bisu dan buta untuk menyiksanya dengan palu."



(Pasal). Jangan menganggap ini bertentangan dengan hadits marfu yang menyatakan bahwa Allah menguasakan malaikat yang buta dan bisu untuk menyiksa orang kafir, karena siksa yang ditimpakan kepada orang-orang kafir itu berbeda-beda. Ada yang disiksa hanya oleh satu malaikat dan ada pula yang disiksa oleh beberapa malaikat. Demikian pula ini juga tidak bertentangan dengan riwayat yang mengatakan bahwa dagingnya akan dimakan oleh beberapa ekor ular naga, karena kedua azab tersebut bisa sama-sama ditimpakan, sebagaimana firman Allah:



"Inilah neraka jahanam yang didustakan oleh orang-orang berdosa. Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidih yang memuncak panasnya. "(ar-Rahman: 43-44)

Sekali tempo mereka disuruh makan buah zaqum, dan pada tempo yang lain mereka dipaksa meminum air yang sangat mendidih. Sekali tempo mereka diazab dengan api yang menyala-nyala, dan pada tempo yang lain mereka diazab dengan suhu yang sangat dingin. Semoga Allah melindungi kita dari sika kubur dan siksa neraka berkat rahmat dan kebaikan-Nya.



Sebuah hadits diriwayatkan oleh Ali bin Ma'bad dari Abu Hazim dari Abu Hurairah bahwa ia berkata, "Ketika mayat diletakkan di dalam kubur, ia didatangi malaikat yang diutus Tuhannya dan bertanya, 'Siapa Tuhanmu?' Bagi orang yang diberi keteguhan oleh Allah, ia akan menjawab, Tuhanku adalah Allah.' Ketika ditanya, 'Apa agamamu?' Ia menjawab, 'Agamaku Islam.' Dan ketika ditanya, 'Siapa nabimu?' Ia menjawab, 'Nabiku adalah Muhammad' . Merasa sebagai orang yang beruntung, ia berkata kepada malaikat, 'Biarkan aku bertemu dengan keluargaku. Aku ingin menyampaikan kabar gembira ini kepada mereka.' Namun, malaikat berkata, Tidurlah saja dengan tenang, kamu akan dipertemukan dengan teman-temanmu.'



Tetapi, bagi orang yang tidak diberi keteguhan oleh Allah, ketika ditanya oleh malaikat, 'Siapa Tuhanmu?', ia tidak bisa menjawabnya. Sehingga, ia lalu dipukul oleh malaikat, dan ia menjerit kesakitan yang suaranya bisa didengar oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia. Lalu malaikat berkata, "Tidurlah dengan menderita."


.
.






**artikel diperolehi daripada Kulop Kechik


Wallahu'alam..Marilah kita sama-sama ambil pengajaran dari kejadian yang berlaku ini. Nauzubillah.


p/s: Harap maaf sekiranya gambar2 tersebut kecil bagi mengelakkan mimpi ngeri sesetengah pihak.hihihihihi...(^_^)


Doa Rabitah..amalkanlah selalu :)

Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan
keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu



Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada'
dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

Wahai manusia..adakah kamu tahu?!

Ketika sambutan menjelang Ramadhan, Rasulullah (saw) selalu menyampaikan pesan-pesan & nasihat. Di bawah inilah khutbah Rasulullah menjelang Ramadhan saya sertakan untuk tatapan kita. Setiap yang baginda ucapkan dalam hadith ini adalah penting, cuma saya telah highlightkan sedikit beberapa points yang saya rasa amat terkesan di hati saya ketika menatap bait-bait kata peninggalan baginda ini. Baca sampai habis, ok!


Wahai manusia!
Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu dikabulkan. Berdoalah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.

Ketahuilah!
Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul-alamin.

Wahai manusia!
Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”
Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.”

Wahai manusia!
Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.
Siapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa menyambungkan silaturahim di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa memutuskan silaturrahim di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
Siapa melakukan solat fardhu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain.
Siapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.
Siapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata: “Aku berdiri dan berkata: “Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi: “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.

Wahai manusia!
Sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’.”

“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain.”

“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan ( syahrul muwasah ) dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya.”

“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.”

“Oleh karena itu banyakkanlah yang 4 perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. 2 perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya. 2 perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka.”

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga.”

(Hadith Riwayat Ibnu Huzaimah).




Saidatina Aisyah radiallahu anha meriwayatkan, bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
“Tidaklah seseorang wanita didatangi haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang lalu. Dan pada hari pertama haidnya, dia membaca ‘Alhamdulillahi ‘ala kulli hal wa astaghfirullaha min kulli zanbin’. Maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, mudah melintas Siraat, aman dari seksa, bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia SELALU BERZIKIR kepada Allah swt selama haidnya.”
Wallahu'alam. Sekadar berkongsi ilmu.
**artikel diperolehi daripada HALWA HATI.

Sunday, August 23, 2009

Selamat Berpuasa Semua..


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-KARIM :)


"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan berpuasa ke atas kamu seperti mana yang telah diwajibkan ke atas umat yang terdahulu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa"(Surah Al-Baqarah, ayat 183)



MOGA-MOGA IBADAH KITA DI BULAN PUASA YANG MULIA INI ADALAH YANG TERBAIK...
INSYA-ALLAH!



...salam ikhlas daripada kami - Ibrahim & Jihan :) ...




Related Posts with Thumbnails