Drama Cinta Sempurna ni baru ke udara di Astro Oasis 106, sejak minggu lepas lagi. Saya baru je berjinak-jinak menonton drama setengah jam ni. Baru 3 4 episod saya tonton. Saja nak mengisi masa rehat lepas balik dari solat terawih. :)
Macam best drama ni..walaupun dari segi pakaian pelakon utama drama ni agak seksi (mengecewakan) namun drama ni ada unsur-unsur dakwah. Apatah lagi, idea asalnya daripada Abu Saif sendiri (korang kenal tak sape dia ni?) yang mendorong saya untuk duduk & tunggu & tonton drama ni. Lagipun, drama tersebut ada sedikit sebanyak kait-rapat dengan pengalaman Abu Saif. Jadi, tak rugi pun kalo tengok. Kejap je, dalam 30minit. Pastu, korang boleh la sambung tadarus Quran korang okeh :)..
.
Bersiaran pada jam 3 petang Isnin hingga Jumaat, siarannya diulang tayang pada pukul 10 malam, 4:30 pagi dan terkini nampaknya juga pada jam 5:20 pagi di Astro Oasis 106. Biar pun di episod awal Cinta Sempurna ni sedikit perlahan dan longgar untuk sebuah drama 30 minit, perjalanan Cinta Sempurna terus meningkat dan menghangatkan penonton setakat ni.
.
Memetik kata-kata Abu Saif: "Sesungguhnya saya berasa amat terkejut apabila dimaklumkan oleh Ustaz Zabidi Mohamed selaku penulis skrip, bahawa siaran Episod 1 Cinta Sempurna bagi siaran jam 10 malam 17 Ogos 2009 yang lalu telah ditonton oleh 109,000 orang penonton! Jumlah yang jauh mengatasi catatan tertinggi teledrama Dua Marhalah sebanyak 38,000 penonton." (Saifulislam.Com). Okeh2, kalau korang masih tak percaya, silalah menziarahi website orang-orang pening @ tulang belakang drama ni:
Banyak juga kritikan-kritikan @ komen-komen dilontarkan kepada mereka. Biasalah tu, kita ni manusia. Kita takkan dapat memberi kepuasan kepada setiap orang..buatlah baik macam mana pun akan diberi komen jugak kan. Apa-apa pun jalan cerita tambahan, percintaan bersegi-segi yang bakal mencabar watak-watak ini, adalah penambahan di dalam skrip untuk mengukuhkan lagi cara idea Religious Skepticism ini ditampilkan. Jadi sama-samalah kita tunggu dan tonton hingga akhir episod drama Cinta Sempurna ini. Hah, kalo nak komen, tunggu la sampai abih drama ni ok:)
**Sekadar berkongsi info.
Salam Ramadhan al-Mubarak.
0 comments:
Post a Comment