Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Sunday, June 7, 2009

HomeMade Anggur & Kiwi Fresh Cream Trifle!

Kali ini aku nak berkongsi resipi manisan yang aku peroleh ilhamnya dari http://nanirostam.blogspot.com/. Nama resipi ini ialah Strawberry Fresh Cream Trifle. Ia mudah dibuat, manis dan sedapppp...:) jadi, sempena nak menyambut kepulangan suamiku yg balik dari kursus perguruan Jumaat lalu, aku pun mencubalah dessert ini. Tapi aku gantikan strawberry kepada kiwi dan anggur sebab strawberry kat KK ni sangat2 lah mahal dan payah nak cari :)..so let's check this out..







Baiklah,cara-caranya ialah...:

Lapisan bawah sekali:
Susunkan kek sponge yang dipotong kiub memenuhi lapisan dasar di dalam mangkuk kaca kaserol. Sapukan di atas kek tersebut lapisan jem strawberry secukupnya. (Jem buah yang asli atau berkualiti).

Lapisan 2:
Didihkan 1 tin susu cair ideal, 1 tin air, ½ tin gula pasir atau manis mengikut kesukaan. Apabila mengelegak masukkan 2 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan ½ cawan air. Kacau tanpa henti dan tutup api. Sejukkan dan tuang setengah daripadanya ke atas lapisan kek yang telah di sapu jem. Simpan yang setengah lagi untuk lapisan seterusnya.

Lapisan 3:
Putar 250gm fresh cream hingga kembang (fresh cream boleh didapati di kedai menjual barangan membuat kek. Sapukan separuh daripada krim yang diputar tadi di atas lapisan kastard tadi. Simpan separuh lagi untuk lapisan seterusnya.Tabur di atasnya hirisan buah-buah stawberi. (Kalau suka boleh tambah buah-buah lain seperti anggur, kiwi atau pic)

Lapisan 4:
Sapukan baki lapisan kastard yang separuh tadi.

Lapisan 5: (Lapisan Paling Atas)
Sapukan baki lapisan fresh cream yang separuh tadi. Dan taburkan hirisan buah strawberi atau kiwi atau buah anggur. (Sejukkan di dalam peti ais semalaman sebelum dihidang)
Aku dah cuba resipi ni sendiri..tapi aku tak guna kek sponge,aku hanya guna kek gulung yg available kat mana-mana kedai roti..hehehe..kalau tak percaya..scroll bawah ni....ni version aku buat sendiri..:)

Langkah pertama,susun kek mcm ni.sapu jem atas kek.
..then, langkah kedua letak kastard masak & disejukkan di atas lapisan pertama ni ok.

ni langkah ketiga..sila baca langkah2 di atas

ni langkah keempat..sepatutnya,tuang je kastard ni tapi oleh kerana tak cukup, maka aku pun berhati-hati la dlm membahagikan kastard ni untuk 2 portion supaya cukup..hehe. dan akhir sekali....

*
*
*
*
*

TADAaa..inilah DIA - Anggur & Kiwi Fresh Cream Trifle - yang aku berjaya hasilkan buat kali pertama..dan yang penting suami aku suka..hehehe:)


BEST! penulis bersama hasilnya..

Tak salah kalo buat sekali-sekala walaupun kita tengah diet..mesti ahli keluarga atau adik-adik atau suami/isteri kita suka kan? dah dapat pahala tau kalo si suami suka.hehe..Dan kalau ada jamuan pun,kita boleh la hidang pada para tetamu.


SELAMAT MENCUBA..:) !!!




Saturday, June 6, 2009

Cantik Menarik Kau Mmg Da BOOM!

Saja nak berkongsi gambar kat bawah ni. Menarik pulak bila tiba-tiba terlihat gambar ni time surfing internet..:)

Wednesday, June 3, 2009

Suami Soleh + Isteri Solehah..

Kebanyakan kita mempunyai gambaran asas bahawa Isteri Solehah kebanyakannya mempunyai karekter seperti dibawah:

1. Rajin baca Al Quran (kalau selalu khatam lagi bagus)
2. Tudung labuh(kalau purdah lagi mantop)
3. lemah lembut tutur kata
4. comei @cantik (tak percaya cuba tanya kaum Adam)
5. Solat berjemaah
6. Ilmu agama tinggi(ustazah lagi baguih)
7. Pakai Jubah
8. Selalu join aktiviti keagamaan
9. Halus budi pekerti
10.Pendek kata macam-macam kebaikanlah

Pada saya setelah membuat pemerhatian , isteri solehah sebenarnya mempunyai makna yang lebih REALITI iaitu:

1. Pandai baca Al Quran memang bagus.tetapi pandai mengurus rumah tangga lagi bagus.sebab apabila mempunyai anak kadangkala masa tu penuh dan kena pandai berasimilasi contohnya bacalah al Quran secara perlahan-lahan semasa menidurkan anak.

2. Tudung labuh sebenarnya bukan criteria wajib bagi wanita solehah.hati yang ditudung dengan iman yang sepatutnya.yang wajib ialah tudung yang menutup aurat (yang menutup dada ok).

3. Ya dengan suami dan anak-anak dan keluarga terdekat perlu berlemah lembut, sedikit tegas kepada non mahram.

4. Comei @cantik?Ini semuanya satu penipuan syaitan dan media, sebab kalau yang dipaparkan dalam media islam atau video klip nasyid semuanya muslimah yang cun dan lawa sahaja…sampai orang warak dan pendakwah pun terpengaruh .hakikatnya tidak begitu.

5. Ya, solat berjemaah dengan suami dan anak-anak.hakikatnya kalau dua-dua bekerja dan terpaksa bergilir-gilir menjaga anak yang masih kecil (1-2 tahun) mungkin jarang dapat peluang berjamaah bersama.

6. Ya, ilmu agama yang tinggi itu bonus…tetapi kepandaian dan pengalaman dalam mengurus kehidupan itu yang lebih baik. Biarlah kurang sedikit ilmu agama asalkan kehidupan terurus, anak terbela, rumah sentiasa kemas.

7. Jubah itu satu ciri menutup aurat. Jika memakai pakaian lain yang memenuhi skima menutup aurat juga boleh dikategorikan isteri solehah.sebab dia paham maksud menutup aurat tu.itu yang penting.

8. Masih boleh join aktiviti, namun sekali sekala sebab tuntutan bekeluarga tu lebih mencuri masa. Apa pun dengan kecangihan teknolgi media, masih boleh medengar kuliah di TV atau radio atau internet secara berjemaah bersama suami dan anak-anak.

9. Halus budi pekerti ,pendiam ya ini satu karekter yang pasti perlu di transferkan kepada anak –anak.tapi karekter pendiam tak semestinya halus budi pekerti...

10. kesimpulannya manusia tak sempurna. Isteri yang solehah yang sebenar dan sepatutnya ialah yang pandai menguruskan dirinya,agamanya dan keluarga secara bersama, itu sahaja.

Ini pula maksud tipikal tentang Suami Soleh:

1. AL hafiz
2. Pendakwah.
3. Rajin pakai kopiah(berserban lagi baik)
4. Rajin solat berjemaah
5. Ada janggut
6. Pakai baju raihan
6. Bekas student U (kalau course agama lain bagus)
7. Bahasakan diri ana anta
8. Involve aktiviti keagamaan
9. dan banyak lagi persepsi tipikal yang lain

Tapi hakikatanya:

1. Al hafiz- Alhafiz pun hantar anak pergi sekolah belajar Al Quran, hakikatnya di zaman ni sukar sebab dengan suami dan isteri yang bekerja.

2. Tak semestinya suami soleh itu pendakwah, tetapi suami yang soleh ialah suami yang pandai menyebarkan kebaikan didalam keluarganya.

3. Serban dan kopiah bukanlah criteria suami soleh, ini hakikat.

4. Solat berjemaah adalah di tuntut, tetapi kefahaman yang diperolehi dalam solat berjemaah itu tadi mistilah dinikmati keluarganya.

5. Janggut adalah sunnah tapi bukan criteria suami soleh hakikat nya kumpulan rock jerman “scorpion” pun ada janggut.

6. Suami yang pakai jeans dengan T-shirt pun ramai yang soleh, jangan ukur pakaian sahaja.

7. Tahap pendidikan mempengaruhi tahap IQ dan kebijaksanaan tetapi tahap kematangan EQ adalah lebih penting, so jangan pandang rendah orang kerja kampong.

8. Ana-Anta-Anti, itu hanya istilah bahasa arab, dan bukan citeria suami soleh.

9. Ya, involve dalam aktiviti keagamaan itu sangat baik, tetapi sebagai suami soleh ianya perlu memastikan keluarganya tidak terabai ,anak-anak dan isteri mendapat cukup perhatian dan nafkah..kalau tidak dia bukan suami soleh.


Kesimpulannya: Suami soleh ialah suami yang secara praktikalnya membina keluarga secara Islam yang sebenar dengan konsisten. Itu sahaja.


Sekian. Terima kasih.hehe..:)

Sunday, May 31, 2009

Baby vs. Tidur

Kesian sangat-sangat tengok baby ni..nak tido punya pasal..:)


Friday, May 29, 2009

Laptop Baru!

Dah 2 3 minggu kami ni duk asyik survey laptop-laptop yang ada kat Karamunsing, CP and One-Borneo. Laptop lama masih berfungsi tapi aku pinjamkan pada adik aku,iLah,yg tgh sibuk ngan projek SPM dia. Aku pun nak guna tp nak cari yg kecik sikit..kalo ada yg ok la..:)
Hajat belum kesampaian lagi ni sebab aku tengah tunggu gaji aku masuk next week. yeppi..:) jadi,aku kena solat istikharah dulu sblm buat pilihan yg byk nih. (mcm nak kawin la plak..hahaha)..antaranya:
laptop VIAO yg mcm2 warna ni..
laptop ni senang bawa..masuk poket je pun boleh..
yang ni kena order dulu kalo nak..special edition la katakan..:)

tapi,aku berkenan yang si DIA nih:) hitam tapi menawan..


HP Presario CQ20-213TU - RM2,000++

Cuti sekolah ni aku nak survey lagi la..hahaha:)

Thursday, May 28, 2009

Kasut PUMA nama Allah!

Cuba kita perhatikan kasut PUMA di bawah ini. Hati-hati kerana perkataan ALLAH ada di kasut tersebut!!




Tanpa kita sedari, ada pelbagai cara orang kafir gunakan untuk menghina Islam secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Cuba perhatikan pula ayat-ayat di bawah ni!



dan yang iniItulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah….. Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga… tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.Hhmm…. sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran……sebenar ayat Bible.


Wallahu'alam..

Wednesday, May 27, 2009

Puitiskah aku?



Sahabat...

Persahabatan yang terjalin

Mempunyai pengertian terlalu suci

Jesteru usahlah

Dicemari sinaran kepalsuan

Sesungguhnya

Resepi untuk mengindahkan lagi persahabatan

Hiaskan dengan

Kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan hati

Sahabat..

Terima kasih kerana menghargai

Erti sebuah persahabatan suci

Menjaga hatiku penuh kejujuran

Dan keikhlasan hatimu

Doaku

Semoga antara kita akan menjadi

Insan bertakwa, beriman

Dan berilmu tinggi

Serta dapat melalui liku-liku kehidupan

Dengan kuntum senyum kebahagiaan

Harapanku agar perhubungan kita

Yang terjalin erat

Berkekalan dan tidak akan pudar

Buat selamanya…
Related Posts with Thumbnails