Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Friday, July 24, 2009

When the downline meet her upline!


Oh, baru-baru ni aku agak sibuk dengan tugasan2 ku. Kebetulan, 'upline' ku, En.Azkari & isterinya, Kak Izzah datang ke Sabah bagi menyahut seruan kerajaan dalam ZooM Cuti-cuti Malaysia. hihihihi :) Jadi,aku ketiadaan masa untuk meng-update blog yg sangat gorgeous ini. ( ceh,bajet comel kononn..lol ) Mereka bertolak dari Kota Bharu petang khamis (16 July) & tiba di KK pada sebelah malamnya la, of course. Jadi, as i am his only 'downline' yg ada kat Sabah ni, aku pun melaksanakan tanggungjawabku untuk membawa mereka meronggeng & pusing2 satu bandar ni selama hampir 5 hari..heehee..;)


Oya,lupa plak nak introduce upline aku ni.. ok2, en.Azkari ni ialah seorang Group Agency Manager (G.A.M) di Kelantan. Dan setahu aku la, he is the youngest agent promoted to be the GAM during his time. Wah, bangga aku ni! Mesti pelik kan mcm mana dia boleh recruit aku jadi 'downline'nya :)? Kelantan-KK, jauh tuhh...tapi, percayalah. Kalo dah rezeki, mana-mana pun boleh cari kan? Kun-fayakun. Insya-Allah.

Actually, kami berjumpa di Sabah Trade Centre, sewaktu Karnival Kerjaya berlangsung kalo x silap la. Time tu aku & suami ku, jalan2 cari kerja kosong kalo ada la.. so, I thought his booth was from Public Bank, so i pun pegi la usha2 booth tu. Rupa-rupanya itu booth Public Mutual..malu nih (^_^)! tapi untuk cover malu, kami pun tanya2 jak la. Then, he gave his bizz card to us.

A week after that baru tergerak hati saya mau cuba-cuba jadi agent. with the support from my mom and restu from my dearest husbamd, so, i told en.azkari la yang i mau join sama, in order to fullfil my looo0Oonngggesst vacation before my convocation this October. Fuiihh..almost a year oo kalo nak tunggu from last December till this Oct kan? hihihihi..:)

By the way, bukan calang2 tau untuk jadi unit trust consultant ni sebab aku kena duduk exam okay. Exam ni diiktiraf satu Malaysia oleh FMUTM (sila cari sendiri. oya, ini bukan rancangan 1Malaysia! sila amik perhatian)..hihihihi..T_T Ini bukan agen sembarangan tau, sebab kalo aku buat silap @ tipu, bole kena tangkap oo..masuk lokap. isshh..,nauzubillah :

Okay2..dah penat membebel ni. Nak dipendekkan cerita aku pun jadi la unit trust consultant sehingga sekarang. Hmm, walaupun x dapat sambung belajar buat masa ini, tapi aku masih bersyukur..Dan alhamdulillah, mungkin inilah rezeki yang Allah telah sediakan untuk ku. Sekurang-kurangnya dapat aku kurangkan beban suami ku :) betul tak, bang? hehehe..:)

Gambar-gambar yang ada kat bawah ini time aku bawa 'upline' ku dan isterinya ke Pulau Manukan..:) sori la gambar x tersusun. malas pulak. hihihihi (^_^)

ni depan pintu gerbang Jesselton Point.


KK WELCOMES YOU!





macam kami ni plak yg jadi tourist kan? hihiihi.


model Pulau Manukan 80-an.





sebelum bertolak..




uih, macam nak tangkap ikan duyung je.hihihi.



orang lain tangkap ikan, kami:) ??



TADAA..inilah upline aku, En. Azkari (baju kuning) & his wife, Dr. Izzah.



TERIMA KASIH EN.AZKARI & KAK IZZAH UNTUK BEG n' KIPAS DARI CHINA TU..:)

Thanx a lot for everything ye. Rajin2 lah datang Sabah lagi, bawa buah tangan lagi.hihihi.


SukaSuki: This will be the first & the last time aku bawa suami aku pi pulau! Sebab apa? Biasalah, pulau2 cantik tarikan pelancong macam ni penuh orang berjemur separuh bo*$#! Free-free je dapat dosa. huhuhu. Nyesal ~
~The End~



Saturday, July 18, 2009

Saat Kematian Memanggilmu..



Dihempas gelombang



Dilemparkan angin



Terkisah ku bersedih ku bahagia




Di indah dunia



Yang berakhir sunyi



Langkah kaki di dalam rencana-Nya



Semua berjalan dalam kehendak-Nya



Nafas hidup cinta dan segalanya




Reff:



Dan tertakdir menjalani



segala kehendak-Mu ya Rabbi



ku berserah ku berpasrah



Hanya pada-Mu ya Rabbi




Dan tertakdir menjalani



segala kehendak-Mu ya Rabbi



Ku berserah ku berpasrah



Hanya pada-Mu ya Rabbi




Bila mungkin ada luka Coba tersenyumlah



Bila mungkin tawa Coba bersabarlah



Karena air mata tak abadi



Akan hilang dan berganti




Bila mungkin hidup hampa dirasa



Mungkinkah hati merindukan Dia



Karena hanya dengan-Nya hati tenang



Damai jiwa dan raga






*****








Katakanlah:
Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)




Katakanlah:
“Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)


***************

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Maha Suci Allah yang memiliki jiwa-jiwa manusia.

Al-Fadhil Ustaz Awang Pon Awang Sebon dan sahabat baik, Syafawati Rustamin (BBA batch 042) telah pun kembali ke Rahmatullah. Semoga Allah Subhanahu wa ta'ala merahmati roh kalian, serta menempatkan roh kalian di kalangan orang-orang yang beriman.


Allahyarham Ustaz Awang Pon


Arwah rakan ku Syafawati (berbaju hijau)


Panjatkan doa dan sedekahkan al-Fatihah buat roh mereka. Al-Fatihah.

MATI ITU PASTI!




Wednesday, July 15, 2009

Berapa kalori makanan anda ambil dalam sehari?


Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori minuman:
1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
9.keju chedar 1 keping =58 kal

Monday, July 13, 2009

Apa realiti perkahwinan?


5 MITOS DAN REALITI PERKAHWINAN


Mitos 1: Perkahwinan akan mengakhiri semua kesepian kita

Realiti: Ramai pasangan yang berkahwin tetapi tetap kesepian.


Mitos 2: Perkahwinan akan membuat diri jadi sempurna.

Realiti: Pasangan saling melengkapi satu sama lain, tapi tidak menjadikan pasangannya sempurna.


Mitos 3: Pasangan yang saling mencintai tidak akan menghadapi masalah dalam perhubungan

Realiti: Hampir semua hubungan ada mengalami masa turun naik. Masalah sehari-hari dan dugaan hidup sering kali akan menutup perasaan romantis suami isteri.


Mitos 4: Perkahwinan akan membuatkan seseorang bahagia.

Realiti: Anda tidak boleh mengharapkan pasangan akan membahagiakan anda. Sebaliknya kebahagiaan itu berasal dari dalam diri anda sendiri.


Mitos 5: Pasangan harus tahu keperluan-keperluan tanpa perlu diluahkan.

Realiti: Hanya kerana anda menjadi suami isteri tidak beerti anda dapat membaca fikiran pasangan. Beritahulah apa yang anda perlu padanya.


~The End~


**artikel ini dicopy-paste dari www.jejariaccess.com.

Sunday, July 12, 2009

Tips kecantikan yang boleh diamalkan setiap hari..


Okay, entri kali ni aku nak berkongsi tips kecantikan atau 'grooming' yang aku perolehi daripada blog Cik Hanis Zalikha (silalah lawat kalo rajin:), seorang jelitawan yang belajar kat UiTM Segamat, Johor. Lagipun Sharing is Caring kan.hihihii..(^_^)

Tips ini amat sesuai untuk lelaki dan perempuan ya. Kita boleh amalkan setiap hari. It is just a basic one lorr..Harap boleh membantu.:)

WAJAH
Toner/penyegar merupakan bahan terpenting dalam satu 'skin regime'. Toner/penyegar berfungsi untuk menutup liang roma anda.Sebelum skrub muka, harus menutup liang roma dahulu, untuk mendapatkan pengelupasan sel kulit mati yang optima.

Sebelum bersolek juga harus tutup liang roma dahulu untuk mengelakkan make up termasuk kedalam liang roma dan menyebabkan ianya kekal di situ hingga bulan depan. Eh maksud saya, untuk mengelakkan liang roma tersumbat dan menambahkan jeragat.

SEBELUM PAKAI PELEMBAP JUGA HARUS PAKAI TONER KERANA PELEMBAP HANYA PATUT BERADA DI PERMUKAAN KULIT, TIDAK PATUT DISERAP OLEH KULIT.

Secara kronologinya begini:
1. Cuci muka dengan pencuci muka dan bilas.
2. Pakai toner/penyegar.
3. Skrub muka menggunakan facial skrub yang ada jojoba beads.
4. Cuci muka dengan air.
5. Pakai toner lagi.
6. Pakai mosturizer/pelembap.
7. Mula solekan!

Hanya dengan regime di atas barulah solekan anda stay di muka dengan jangka masa yang lebih panjang :)

Kening harus sentiasa dijaga rapi untuk menonjolkan mata, bentuk muka dan hidung anda. (Oh, yang ni Jihan syorkan seeloknya jangan cukur kening anda la,berdosa!)

Skrub muka 3 kali seminggu.

Skrub yang wajar dipromosikan di sini ialah Syahirah: Gel Pengelupasan.

Tidur awal. Ini bukan sahaja merehatkan kulit, tetapi telah menambah ketinggian kepada saya dan ramai rakan tinggi saya. (Kecuali anda dah cecah umur tumbesaran sudah berhenti).

Lindungi wajah dari matahari. Paling penting, sebab jikalau kulit diabaikan dan terdedah kepada pancaran matahari, memang muka cepat kering seterusnya berkedut dan berbintik hitam. Cara lindungi: Pakai bedak asas ikut ton warna kulit anda. Sunscreen tipu jangan pakai.
BADAN
Beli 'body scrub' dan skrub kulit yang kusam. Yang orang paling selalu terlepas pandang ialah keperluan meng-skrub siku dan lutut!

Buat bicycle kick sebelum tidur untuk kaki cantik. Maaf tiada video demonstrasi ya. Memakai kasut sepatu tinggi sebenarnya banyak membakar lemak kerana otot-otot yang terpaksa digunakan untuk menstabilkan badan.
RAMBUT
Cuci selang sehari, bukan hari-hari, untuk mengelakkan rambut kering dan rambut senang gugur.

Jangan kedekut untuk lumur conditioner/perapi rambut setiap kali cucian. Lumur banyak-banyak tetapi elakkan bahagian akar rambut, kerana minyaknya boleh menyebabkan rambut cepat gugur.
Tabur bedak talkum di bantal sebelum tidur. Untuk rambut wangi dan tidak berminyak esok hari! Dilarang tabur di rambut selepas bangun dari tidur, sebab ia tidak ada masa untuk sebati, maka akan kelihatan seperti anda mahu berlakon tua dalam sketsa depan kelas, atau anda pengeluar terbesar kelemumur.

Jangan ikat rambut atau pakai tudung ketika rambut masih basah.Untuk elak rambut nampak penyek, ikat tinggi sebelum sarungkan tudung. Lagi vogue nampak macam orang Arab :)

Lindungi rambut dari terik mentari.
~THE END~
p/s: Baiklah itu sahaja yang saya sempat kongsikan bersama anda kali ni. Untuk entri akan datang, saya kongsikan pula kelebihan air wudhuk - rahsia awet muda semula jadi :)







Saturday, July 11, 2009

Tentang Pernikahan (by akhie naim)

Gambar sekadar hiasan

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam Al-Qur’an yang kira-kira maksudnya:
Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahaya-mu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), Maha Mengetahui.” (Surah An-Nuur, ayat ke-32)

Pernikahan adalah merupakan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sepertimana yang termaktub di dalam salah sebuah hadith baginda yang lebih kurang maksudnya: “Nikah itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang mencintai agamaku, maka hendaklah mengikuti sunnahku.

Memang benar, tidak dinafikan bahawa ada sesetengah ulama yang berpandangan bahawa adalah lebih wajar untuk hidup menyendiri pada zaman ini. Mereka menyandarkan pendapat itu kepada beberapa hadith yang menyebut tentang kelebihan orang yang hidup membujang di akhir zaman. Di samping itu, mereka juga berpendapat demikian kerana kebanyakan usaha yang menuju ke arah perkahwinan pada hari ini telah bercampur dengan hal-hal yang haram di samping akhlak wanita yang semakin buruk.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung mengambil pandangan yang menganjurkan pernikahan. Pernikahan itu adalah amalan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sendiri. Malah, lebih ramai di kalangan para ulama yang menikah daripada yang hidup membujang. Dalam suasana dunia yang serba ‘terbuka’ pada hari ini, pernikahan adalah antara hal yang boleh membantu seseorang memelihara dirinya daripada terjebak dengan maksiat.

Pernikahan juga, pada hemat saya, adalah merupakan antara solusi terbaik kepada pelbagai gejala sosial yang berlaku pada hari ini. Masalah pergaulan antara lelaki dan perempuan, khususnya di kalangan generasi muda, yang akhirnya menjurus kepada pelbagai masalah lain seperti kelahiran anak luar nikah, budaya hidup yang semakin bebas nilai, kes rogol, penyakit-penyakit seksual serta ketidaktenteraman dalam masyarakat, pasti akan dapat diselesaikan ataupun dikurangkan secara signifikan melalui sistem pernikahan yang telah diatur dengan begitu baik oleh Islam.

Apa yang penting adalah pernikahan itu haruslah dilihat sebagai suatu ruang untuk menambahbaik ibadah. Apabila pernikahan itu telah ditanggapi dengan pandangan yang tepat, pasti pernikahan itu tidak akan dicampuri dengan perkara-perkara yang tidak disukai serta tidak dibenarkan dalam Islam. Buat remaja-remaja di luar sana, apabila anda sudah jatuh cinta, maka pastikanlah cinta itu cinta yang boleh membawa anda untuk semakin dekat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Kalau cinta itu menjauhkan anda daripada ibadah kepada Allah, maka tinggalkanlah cinta itu sebelum cinta Allah meninggalkan kamu. Apabila cinta itu kamu yakini mampu membawa kebaikan, maka menikahlah.

Semoga Allah merahmati kita semua.


TAHNIAH diucapkan kepada bakal-bakal pengantin baru:)

Abang Naim @ Abdul MuntaQim Zulkipli & bakal isteri, Noor Adibah bt Othman (08-08-2009)
serta
Kak Nadhirah Hj.Sainuri & bakal suami, Datu Mohd Nazaruddin bin Datuk D. Tigabelas (31-07-2009)







Thursday, July 9, 2009

PKPIM SAMBUT BAIK KEPUTUSAN KERAJAAN MANSUHKAN PPSMI


* Dipetik daripada www.pkpim.net


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan kerajaan untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PKPIM menyambut baik keputusan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu interpretasi komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat.

PKPIM berpandangan bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan yang bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui Bahasa Kebangsaan.
Keputusan tersebut dianggap sebagai hadiah kepada PKPIM dan seluruh mereka yang telah bertungkus lumus memperjuangkan pemansuhan PPSMI termasuk daripada kalangan pejuang bahasa, tokoh akademik, sasterawan, budayawan, gerakan pelajar dan seluruh rakyat Malaysia.

PKPIM mewakili seluruh pelajar Malaysia terutamanya dari kawasan luar bandar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas komitmen yang ditunjukkan untuk menyelesaikan permasalahan yang telah berlarutan selama lebih enam tahun ini.

PKPIM merupakan persatuan yang mewakili pelajar dan mahasiswa Malaysia yang terawal menyatakan bantahan dan menggerakkan usaha pemansuhan PPSMI sejak pelaksanaan dasar tersebut pada tahun 2003. Justeru, PKPIM menuntut jaminan kerajaan untuk berpegang pada keputusan tersebut untuk memansuhkan dasar PPSMI ini menjelang tahun 2012.

PKPIM mengulangi komitmen untuk memberi sumbangan yang terbaik kepada pembangunan pendidikan Malaysia khususnya dalam membantu kerajaan mendaulatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris di kalangan pelajar keseluruhannya.


MOHD. HILMI BIN RAMLI
Presiden PKPIM Sesi 2008/2009
Related Posts with Thumbnails