Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Thursday, March 25, 2010

10 Cara Merangsang Anak Bijak!

Semua ibu bapa mengimpikan anak yang bijak. Sebenarnya tips berikut memang anda lakukan setiap hari. Namun, mungkin anda tidak memikirkan bahawa ia dapat merangsang minda anak secara positif.


1. Bertentangan Mata

Setiap saat anda melakukan aktiviti ini. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah mama dan papa dia awal usia dan wajah anda berdualah yang paling dikenalinya.Setiap kali kecil merenung anda, dia sebenarnya sedang membina memori dalam minda. Selain itu, bercakap sambil merenung matanya membuatkan anak tahu fungsi mata sebenarnya untuk melihat.


2. Bercakap-cakap Dengan Bayi Anda

Kali pertama anda akan menyaksikan wajah hairan dan keliru si kecil. Namun, jangan berhenti, teruskan berbual-bual dengannya walaupun kelihatan dia tidak memahami. Cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.


3. Susukan Bayi Dengan Susu Badan

Susu ibu adalah makanan awal terbaik untuk bayi anda. Lakukan selama mana yang anda boleh. Anak-anak yang menerima susu ibu sepenuhnya mempunyai tahap IQ lebih tinggi berbanding anak yang langsung tidak menyusu susu ibu apabila mereka mula bersekolah kelak. Menyusu badan juga dapat merapatkan hubungan dengan bayi. Selain itu, aktiviti menyusu boleh diselang dengan menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir seawal 2 hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah. Perbuatan seperti menjelirkan lidah dapat membuatkan deria mereka terangsang dengan baik. Ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5. Geleteklah Bayi Anda

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa merupakan langkah pertama dalam perkembangan umur bayi. Permaian seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaiman hendak menjangka apa yang bakal terjadi.

6. Nyayikan Lagu Untuknya

Belajar sebanyak mungkin lagu yang sesuai untuk kanak-kanak atau rekalah lagu anda sendiri. Misalnya aktiviti rutin yang anda lakukan seperti menukar lampin, mandi, makan boleh diselang-seli dengan lagu yang berkaitan agar si kecil lebih bersemangat dan gembira. Ada kajian yang mendapati dengan mempelajari bunyi muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

7. Gunakan Masa Dengan Baik

Waktu menukar lampin merupakan saat terbaik untuk mengajar pelbagai pelajaran pada si kecil. Gunakan waktu ini untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi mengenai rutin yang akan dilakukan setiap hari.

8. Sentuh dan Rasa

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza seperti sutera, kain tuala dan kain kapas. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita mengenai rasa setiap fabrik itu dan kegunaannya. Aktiviti ini dapat merangsang minda bayi anda.

9. Beri Kejutan

Kadangkala perbuatan mengejutkan dapat membuatkan bayi anda tertawa. Gembirakan bayi dengan perbuatan seperti meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan.


10. Pergi Membeli-belah

Aktiviti bersiar-siar di pusat membeli belah juga boleh membantu bayi anda mengeksplorasi dunianya. Pendedahan kepada pelbagai wajah, bunyi dan warna yang ada di sana dapat menghiburkan bayi.

Selamat mencuba dan lihatlah hasilnya! :-)



Sumber: PermataBonda

0 comments:

Related Posts with Thumbnails