Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Friday, July 31, 2009

Bila seru dah sampai, apa lagi yang kamu tunggu??

Entri kali ni bukan aku nak bagi ceramah @ tazkirah..cuma mau berkongsi kegembiraan sahabat handai ku, Nadhirah Hj. Sainuri & D.M.Nazaruddin Datuk D.Tigabelas.. JooOm kita tengok gambar-gambar kawin mereka ni okeh (^_^)..ZaaassSsss...
..Tanggal 31 Julai 2009...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi.
Maka, bermulalah kehidupan Kak Nadhirah sebagai isteri kepada En. Nazaruddin dengan sekali lafaz.
Semoga kalian bahagia dunia & akhirat hendakNYA.:)
Amin ~

menuju ke destinasi..yeah..yeahh..:)
diiringi flower girls..

pelamin yang tersergam indah.:)
Selamat Pengantin Baru!


*****



malu-malu kak nadh ya? hehehe:)


berdebar-debar kak nadh :)?


watikah persetujuan..

tengoklah betapa bahagianya mereka..


simple but sweet..sangat padan:)

sampai pengantin x tau mana 1 kamera mau ditengok..


time sarung cincin..malu2 lagi.hihi.


wajah ayu nan berseri-seri..







Ni geng pengantin lama..hahah ;)
Mak's geng - orang kuat HELWA ABIM



aku pulak sibuk calling2 clients..sempat lg tuh..hihi:)


on da way ke rumah pengantin. bole la turun dalam 2kg++ lepas naik bukit ni..hihi:)
~sempat lagi ilah & casandra posing bah!


**inilah dia rumah pengantin..House on Hill :)

****

Sabda Rasulullah, maksudnya :
“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu bertanggungjawab di atas jagaanya. Lelaki (suami) adalah penjaga di atas anggota keluarga rumahnya dan dia adalah bertanggungjawab di atas jagaannya itu. Perempuan (isteri) bertanggungjawab menjaga rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Bukankah setiap kamu itu penjaga dan setiap kamu adalah bertanggungjawab ke atas jagaannya.”


*****

Tetibani: Aku tak sempat amik gambar dengan pengantin time nikah & kenduri. Kesuntukan masa. So, agak terkilan juga tapi takpe la..yang penting mereka bahagia.hihihi.:) Pada kengkawan yang tak kawin lagi, cepat-cepatlah kawin. Jangan terlau cerewet dalam memilih pasangan. Terimalah dia seadanya, kerana setiap pasangan itu pasti akan saling lengkap melengkapi. InsyaAllah:)!


Thursday, July 30, 2009

Apakah perkara2 yang anda MAHU dan USAHAKAN?


خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha untuk mendapatkannya:


وجه جميل
1:wajah yang cantik

فلوس بالملاين
2:duit yang banyak

صحة قوية
3:kesihatan yang baik

اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak-anak yg cerdik dan berjaya macam kita

نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa gangguan



سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari...


قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
kata Nabi SAW:

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak



بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
"Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat!"


Wednesday, July 29, 2009

Isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku!

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun,sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan tak’ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: “Semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yangmengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini.” Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu. Si suami meneruskan kata-katanya: “Demi Allah yang tiada sesuatu yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu."

Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa baik yang dilakukannya kepada diriku.

Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (sallallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam); "Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.” Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: “Wahai Allah, aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhaoilah ia.” Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barangsiapa yangbercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteriku telah meninggal dunia dalam keadaan aku redhao kepadanya. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhaaan-Nya.

Masyaallah! Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie.. Adakah kita mampu melakukan seperti yg dilakukan isteri tersebut terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya…



"Ya Allah, jadikanlah kami seperti isteri lelaki itu, yang sentiasa mendapat redha daripada-Mu dan suami-suami kami. Amin."


**artikel diperoleh daripada intelligent_sufi.

Asbab-asbab suami benci isteri..


Oleh Dr Fadzilah Kamsah

CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabarterutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agarlelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalahkata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!" Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepascakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat.Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje.Restoran nak ada air-cond aje.

CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anakcincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak…anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila iamelibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapipada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


Renung2kanlah dan selamat beramal….. :)


**Sebagai peringatan pada diri sendiri. Kena muhasabah balik nih ~



**artikel diperoleh daripada jejariaccess.com

Balasan Cinta Si Isteri..



Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam.

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:
“Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya,maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunandaripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah bagi isteri terletak pada keredhaan suaminya.

Justeru, apabilasuami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormatdan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak,ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya keranakelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada ketaatan, akhlak dan budi pekerti isteri.

Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika sangat taat, cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga dan akan sangat disayangi oleh suaminya.

Oleh itu wahai isteri,hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah,yang bertakwa, berakhlak mulia dan tetap taat kepada suaminya.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud:
“Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya,iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalamkerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suaminya.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.”


**artikel diperoleh daripada jejariaccess.com.

Tuesday, July 28, 2009

Isteri cerdik & solehah..

**Dituju khas buat semua rakan-rakan dan para pembaca yang telah menjadi isteri atau bakal menjadi isteri :) ..

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran

Di rumah ia isteri di jalanan kawan

Di waktu kita buntu

Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan

Menjadikan kita tetap pendirian

Ilmu yang diberi dapat disimpan

Kita lupa dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian

Silap kita dia betulkan

Penghibur di waktu kesunyian

Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta

Bila tiada satu kehilangan

Dia ibarat simpanan ilmu

Semoga kekal untuk diwariskan

PKPIM anjur Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan 2009

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Kongres Pelajar Dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 bersempena dengan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48 dengan tema ”Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur” pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur.

PKPIM optimis untuk menjadikan kongres ini sebagai satu batu loncatan untuk Malaysia terus maju mengejar impian masa hadapan tanpa melupakan apatah lagi meminggirkan bebanan sejarah yang membentuk jatidiri kita sebagai sebuah bangsa merdeka Negara Malaysia.Untuk urusan penyertaan atau maklumat tambahan, boleh diajukan kepada En. Abu Qasim Nor Azmi (019-356 5805), Cik Sakinah Budiman (013-212 4590) atau hubungi terus Sekretariat PKPIM Pusat di talian 03-6184 2286 atau emel, pkpim_spp@yahoo.com. Perkembagan dari semasa ke semasa boleh didapati di blog rasmi kongres ini di alamat http://kongres-pkpim.blogspot.com/. Sekian.Harap maklum.
Related Posts with Thumbnails