Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Monday, November 8, 2010

Formula untuk mencari atau menghafal halaman Al-Quran



Semasa blog walking aku terjumpa tips ini, aku copy paste untuk share dengan korang semua.. formula untuk mencari atau menghafal halaman Al-Quran (saiz standard pada Al-Quran – Madinah Al-Munawwarah):

Perhatikan dan fahami :-

Al-Quran mempunyai 30 Juzuk (bahagian)


Contoh 1
Jika anda ingin tahu- Juzuk 5 didalam Al-Quran pula muka surat berapa?
5 (lima juzuk) 5-1 = 4
4 x 2 = 8 kemudian letakkan 2 selepas 8 = 82
Sekarang cuba anda lihat didalam Al-Quran , Juzuk ke 5 bermula pada halaman 82


Contoh 2
Juzuk 10 , 10-1 = 9
9 x 2 = 18 kemudian masukkan 2 selepas 18 = 182
anda akan dapati Juzuk 10 bermula pada halaman 182


Contoh 3
Juzuk 23, 23-1 = 22
22 x 2 = 44 kemudian masukkan 2 selepas 44 = 442
Sekarang lihat pada Quran, anda akan melihat juzuk 23 bermula pada halaman 442





Subhana Allah!





sumber diperoleh: blog Mak Budak :)


0 comments:

Related Posts with Thumbnails