Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Saturday, October 23, 2010

~Perawan yang sentiasa menjadi perawan...Jom kita amalkan.~



Ini petua saya peroleh dari rakan FB..Belum pernah cuba tapi apakata kita amalkan mulai hari ini ya :) Amalan ini adalah untuk menjaga kewanitaan kita supaya sentiasa jadi macam 'abkaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah. Abkaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan. Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin,akan berkahwin dan belum berkahwin..:).. Insya-Allah..

Caranya :-
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga yg dibina dan akan terbina.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35- 38 :
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri- isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan."



P/S : tolong sebarkan ilmu ni kpda kaum hawa yg lain...tq:)


0 comments:

Related Posts with Thumbnails