Glitter Words
Dari Mu'az bin Jabarr.a Rasulullah SAW bersabda: "Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan suatu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat"

Wednesday, March 23, 2011

:: Wahai para suami, dengarlah cerita isterimu ::


Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.

Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu, meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita mempunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".

Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.



Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.

Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.

Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.



Sumber: RATUHATI

Tuesday, March 8, 2011

15 SEBAB ALLAH TURUNKAN BALA!


Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

❝Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:


1.Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2.Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3.Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4.Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5.Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6.Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7.Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9.Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10.Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11.Apabila arak menjadi minuman biasa.

12.Apabila lelaki memakai sutera.

13.Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14.Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.❞



Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.


Sumber: FB

Sunday, January 23, 2011

++ Today's Du'a (دعا) ++



JOM KITA BERDOA SELALU :)!


Disiplinkan anak perlu ketegasan ibu bapa!


ANAK cemerlang sama ada dalam pelajaran, ko kurikulum dan sukan adalah mereka yang disiplin.

Ramai ibu bapa gagal mendisiplinkan anak mereka dan tidak sedar pentingnya perkara itu.

Mendisiplinkan anak memerlukan ketegasan, komitmen dan kebiasaan ibu bapa sendiri. Apabila kita tegas dan anak tahu yang kita serius, mereka akan akur dan berusaha mematuhinya.

Apabila kita berdisiplin, mudahlah anak mencontohi. Usah menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedang diri sendiri tidak betul.

Berikut beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam mendisiplinkan anak:


- Pastikan mereka sampai awal ke sekolah. Ada ibu bapa tidak ambil kisah perkara ini, akhirnya anak didenda pengawas dan sekolah. Ini pasti mengganggu emosi anak dan lama kelamaan, mereka belajar ponteng kerana takut atau malu masuk ke sekolah kerana lambat.

- Jejaki anak anda selepas sekolah. Kebanyakan sekolah harian, waktu persekolahan tamat tengah hari sedangkan ibu bapa bekerja hingga 5 petang. Dalam masa beberapa jam tanpa kawalan itu, anak boleh lakukan pelbagai perkara. Jika terpengaruh dengan rakan jahat, rosaklah akhlak mereka. Sesekali lakukan pemeriksaan mengejut dengan balik ke rumah awal untuk pastikan aktiviti anak. Cuba jejaki di mana anak kita berada dan siapa kawan mereka. Ini membolehkan anak tahu kita ambil tahu dan sayangkan mereka.

- Pastikan mereka hadir di sekolah, kelas tuisyen dan kelas agama. Sibukkan diri anak selepas waktu persekolahan dengan menghantar mereka ke kelas tuisyen dan kelas agama. Ini membolehkan kita tahu di mana mereka. Kita perlu semak dengan guru tuisyen dan agama sama ada anak kita hadir atau tidak. Jangan percaya bulat-bulat apa yang disampaikan anak kepada kita.

- Semak beg dan laci anak. Sesekali cuba semak beg dan laci anak dan tengok apa ada di dalamnya. Mereka mungkin memiliki sesuatu yang bukan milik mereka. Mereka mungkin menyimpan sesuatu yang tidak sepatutnya disimpan seperti video lucah atai cuba merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan kita. Langkah awal adalah langkah pencegahan yang boleh menyelamatkan mereka.

- Pastikan mereka siapkan tugasan dan kerja sekolah. Namanya pun bersekolah jadi pasti ada kerja dan tugasan guru beri. Jangan terlalu percaya apabila anak berkata tiada kerja rumah diberikan guru. Lama-kelamaan anak terbiasa dengan tidak menyiapkan kerja sekolah. Ini akan membuatkan mereka tidak faham apa yang dipelajari dan keputusan peperiksaan merosot.

- Aturkan masa belajar dan masa rehat. Didik mereka konsep pengurusan masa. Mereka perlu tahu waktu belajar, main, menonton tv, berinternet, beribadah dan santai. Tanpa panduan ibu bapa, sukarlah untuk anak mengaturnya. Sebab lain anak lain perangainya.

- Latih anak dirikan solat di awal waktu. Disiplin anak bermula dengan bagaimana mereka mengerjakan solat. Jika suruhan Allah dilewatkan dan diabaikan, sukar mereka mematuhi suruhan manusia. Biasanya anak memberatkan akan kepentingan solat ini. Lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.

- Dalam mendisiplinkan anak, ibu perlu adil antara seorang anak dengan yang lain. Jangan anak A perlu berada di rumah sebelum jam 6 petang tetapi anak B, dia balik jam 7, kita masih mendiamkan diri. Sikap ibu bapa itu menyebabkan anak mungkin menunjukkan sikap protes.

- Dalam mendisiplinkan anak perlu ada keseragaman antara ibu dan bapa. Jangan arahan dan peraturan yang diberikan ibu berbeza. Ibu kata masuk tidur jam 10 malam tetapi si ayah suruh tidur jam 11 malam. Mana satu yang anak nak ikut? Akhirnya mereka ikut masa mereka sendiri.



Wallahu'alam..:).




sumber: myMETRO

Sunday, November 28, 2010

Happy 2nd Anniversary my dear husband & me :)



Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-2!
Alhamdulillah...Moga ikatan mabuk cinta halal ini berkekalan hingga ke akhir hayat, disirami rasa kebahagiaan dunia hingga akhirat, dan dimurahkan rezeki halalan toyyiba dan anak-anak yg soleh solehah, mukmin mukminah..Moga Allah SWT sentiasa merahmati cinta & perkahwinan kita ini selama-lamanya...Amin ^__^

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
-Surah Furqan : ayat 74-



Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
-Surah Al-Ahqaf : ayat 15-



Amin Ya Rabb!



Sunday, November 14, 2010

Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa....

Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

"Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim).

Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.

Bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah, serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W. bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah). Ini berdasarkan Hadith Jabir r.a. yang bermaksud bahawa “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bertakbir pada solat Fajar hari Arafah, sehingga waktu Asar daripada hari tasyriq yang terakhir, selepas Baginda memberi salam dari solat fardhu.” (riwayat Ad-Daruqutni)

Melaksanakan ibadat korban pada EidulAdha sehinggalah penghujung hari tasyriq. Ibadat ini mengingatkan masyarakat Islam untuk sentiasa bersifat ikhlas dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ibadat ini juga dapat merapatkan hubungan dan menyebarkan kasih sayang di antara manusia, dengan perkongsian daging bersama mereka yang memerlukan, keluarga, sahabat dan jiran tetangga.



sumber: HALAQAH.NET


Monday, November 8, 2010

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak -

Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun. Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.

Di sini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Kaedah ini boleh nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan, namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :


1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur. Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam. Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda. Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja, lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk. Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .


3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, jadi cuba ajar anak anda main tanah liat, main cat air ( water colour ) , melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula, tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit. Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit. Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka, kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut. Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya. Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit. Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari. Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini, pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut . Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ” .



note : di samping itu doa dari ibubapa lebih afdal..

* waktu anak sebelum tidur (lebih kurang 10 minit sebelum tidur)
a) Baca Fatihah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)
d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali) ayat

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain .. Aminn!



Thanx to my sumber : blog Mak Budak :)


+++ Sangatttttttttttt bagus info ni kan ^____^?? +++



Related Posts with Thumbnails